ISU-ISU AKHBAR CINA
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/1/2012
AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 7 Januari 2012 melalui ruangan dalam negerinya turut memaparkan kenyataan Lim Guan Eng dalam sebuah temu ramah khas berkenaan beberapa isu semasa.
Guan Eng meramalkan peluang pakatan pembangkang merampas kembali kuasa di negeri Perak agak besar sementara di Johor, pembangkang berharap dapat menawan satu pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sekurang-kurangnya separuh DUN di Negeri Sembilan.
Menurut Guan Eng, mempertahankan kawasan kota terutama sekali yang dimenangi dalam PRU 2008 menjadi cabaran utama kerana tidak mudah dikawal sementara PRU akan datang bakal memberi tekanan lebih besar kepada pakatan pembangkang.
“Saya percaya kita akan tunjukkan prestasi dan keputusan yang cemerlang. Jika kita lihat prestasi pucuk kepimpinan parti dan prestasi wakil-wakil rakyat kita, mungkin dikatakan tidak sebegitu lengkap tetapi dari segi keseluruhannya boleh tahan bagus,” ujarnya.
Beliau yang juga Setiausaha DAP menjelaskan, DAP masih boleh beri keyakinan kepada rakyat kerana parti itu bukan sahaja sebagai wakil dan lidah rakyat tetapi juga boleh menjadi rakan memerintah kerajaan dengan negeri-negeri yang diperintah seperti di Pulau Pinang dapat mempamerkan prestasi yang baik.
Katanya lagi, PRU 2008 adalah keuntungan besar untuk rakyat, membuktikan rakyat memberi peluang kepada DAP kerana parti itu bukan sahaja boleh bercakap malah boleh buat.
“Kita bukan sahaja sebuah parti pembangkang yang berkesan, kita juga sebuah kerajaan yang dapat kotakan janji-janji,” jelasnya.
Guan Eng berkata, perbezaan yang paling besar antara PRU lepas dan berikutnya ialah rakyat memberi harapan terlalu tinggi pada DAP dan walaupun ada sedikit kesilapan, ‘mereka’ cuba perbesarkan isu itu seluas-luasnya.
Tambahnya, setelah pakatan pembangkang memerintah negeri-negeri yang ditawan selama empat tahun, mereka telah berjaya memecahkan cerita-cerita dongeng termasuk kerajaan tidak semestinya melakukan rasuah.
“Tidak rasuah pun boleh membangunkan negeri, tender secara terbuka boleh dilaksanakan. BN memerintah selama 40 tahun tidak mampu tukar nama jalan dengan tulisan Cina, DAP dapat selesaikannya dalam masa enam bulan sahaja,” ujarnya.

KOMEN : ORANG MELAYU FIKIRLAH APA YANG TERSIRAT DI SANUBARI CINA DAP....
1 comment:
“Saya percaya kita akan tunjukkan prestasi dan keputusan yang cemerlang. Jika kita lihat prestasi pucuk kepimpinan parti dan prestasi wakil-wakil rakyat kita, mungkin dikatakan tidak sebegitu lengkap tetapi dari segi keseluruhannya boleh tahan bagus,” ujarnya.
DIA SENDIRI YG MENGAKU PRESTASI ADUN DIORANG MCM LONGKANG. KITA TEPUK TGN RAMAI2 JEK LERR KEHKEHKEHKEH
Post a Comment