Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 11 January 2012

Messi terbaik dunia


DARI UTUSAN MALAYSIA
11/1/2012


Lionel Messi (tengah) diapit legenda Brazil, Pele (kanan) serta beberapa calon Ballon d’Or termasuk pengurus Manchester United, Alex Ferguson di Zurich, kelmarin. – AFP


ZURICH, Switzerland – Lionel Messi menerima Anugerah FIFA Ballon d’Or 2011 buat kali ketiga sebagai Pemain Terbaik Dunia di sini, kelmarin.

Pemain berusia 24 tahun yang juga penyerang Barcelona dan Argentina itu mengetepikan pesaing terdekat antaranya pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo serta rakan sepasukan, Xavi.

“Ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan buat diri saya. Ini adalah kali ketiga saya memenanginya. Ini sesuatu penghormatan yang cukup mengagumkan.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama dengan saya, rakan-rakan, jurulatih Pep Guardiola dan semua di Barcelona.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan kebangsaan saya iaitu Argentina,” kata Messi.

Messi juga menjadi individu kedua menerima anugerah tiga kali berturut-turut selepas Presiden UEFA Michel Platini.

“Saya mahu kongsi penghargaan ini dengan kawan sepasukan saya Xavi. Dia juga wajar menerima anugerah ini. Saya mahu kongsinya bersama anda kerana anda lebih berhak mendapatnya daripada saya.

“Saya juga amat bangga kerana dapat beraksi bersamanya,” kata Messi.

Pemilihan anugerah Ballon d’Or adalah berdasarkan pencapaian sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2010 dan diundi oleh jurulatih pasukan kebangsaan serta kapten selain mendapat penilaian panel wartawan bola sepak yang dipilih oleh majalah Bola Sepak Perancis.

Messi menjadi pilihan untuk anugerah tersebut selepas membantu kelabnya memperoleh lima trofi termasuk Liga Juara-Juara, Kelab Piala Dunia FIFA serta mempertahankan gelaran La Liga tiga kali berturut-turut.

Musim ini pemain tersebut telah menjaringkan 200 gol untuk Barcelona dan semakin menghampiri rekod Cesar Rodriguez yang telah menjaringkan 235 gol.

Lebih manis buat Barcelona apabila jurulatih Guardiola dinamakan sebagai Jurulatih Terbaik FIFA.

Bekas pemain Barcelona berusia 40 tahun itu dicalonkan bersama jurulatih Madrid Jose Mourinho dan pengurus Manchester United, Alex Ferguson.

“Saya mahu tujukan anugerah ini kepada mereka yang telah bekerja keras untuk Barcelona FC serta membantu membangunkan pasukan ini menjadi kelab terbaik dunia,” kata Guardiola. – AFP

No comments: