Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 25 January 2012

KHIDMAT RODZIAH TU DIBERI PERCUMA KE?

Tolak janji yang muluk-muluk
Penduduk Kampung Baru Sungai Chua, Kajang yang terpaksa mengangkut air dari lori selepas mengalami gangguan bekalan air, baru-baru ini. - Gambar hiasan

BULAN lepas di 'dewan orang ramai' sebuah pangsapuri di Batu Tiga, Shah Alam, muncullah kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)nya, Rodziah Ismail.

Dalam majlis perjumpaan dengan penduduk untuk mendengar permasalahan mereka, antaranya berkisar isu bekalan air, tong sampah dan bumbung bocor, terpacullah dari mulut Rodziah nadanya lebih kurang begini:

"Selangor tuan-tuan, tak akan alami krisis air seperti mana yang diuar-uarkan oleh Kerajaan Pusat dan 'media-media mereka' (arus perdana), (mana mungkin) sebab hujan hari-hari turun," kata Rodziah.

Wah! mudah benar seloka Rodziah, barangkali sama seperti ungkapan rakan-rakan sekutunya dari pembangkang. Semuanya muluk-muluk belaka.

Tambah Rodziah, rakyat Selangor tidak sewajarnya membayar bil air tetapi cukup sekadar membayar kos pengurusan dan rawatan airnya. Sepatutnya, kata ADUN Batu Tiga itu lagi, air wajar diberi percuma sahaja sebab ia pemberian Tuhan.

Rodziah tidak memberikan faktanya untuk menguatkan hujah apa akibatnya kalau air diberikan percuma kepada seluruh 27 juta rakyat Malaysia. Boleh sahaja diberi percuma kalau seluruh rakyat rajin menadah air hujan. Itupun kalau hujan sepanjang tahun di Selangor, khususnya Shah Alam.

Cuma sedikit ungkapan Rodziah yang diperkuatkan dengan fakta yang seolah-olah hadirin yang menghadiri perjumpaan itu (yang sebenarnya tidak berapa ramai pun) tidak ada ilmu pengetahuan langsung tentang isu air di Selangor. Pasti, sekurang-kurangnya separuh daripada penduduk yang hadir maklum akan implikasinya jika pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Air dan pembinaan empangan gagal diteruskan. Yang risikonya menyebabkan krisis bekalan air di Lembah Klang menjelang 2014.

Takkanlah air hujan dari langit perlu ditadah sepanjang masa di Selangor. Belanja membina kawasan tadahan dan empangan juga percuma ke?

Jika Rodziah berlandaskan fakta, pasti dia tidak akan berbicara begitu dengan penduduk-penduduk di pangsapuri berkenaan yang penulis kira tentu berilmu.

Hakikatnya, kualiti air sungai di Selangor dilaporkan telah menurun daripada kelas satu dan dua kepada kelas tiga akibat pencemaran sektor perindustrian, aktiviti pembuangan sampah dan bahan buangan ke dalam sungai.

Naib Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN), Aldric Loong pada September lepas memberitahu, keadaan itu membuatkan kos untuk merawat air sungai sebelum disalurkan kepada pengguna akan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ini kerana, sebanyak 53 peratus daripada bekalan air dirawat dan disalurkan di Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya adalah dari sungai yang diklasifikasikan dalam kelas tiga itu. "Kos untuk merawat air di sungai yang kualitinya berada pada tahap ketiga adalah lebih tinggi kerana kandungan airnya sedikit tercemar," katanya pada perbincangan Meja Bulat 2011 mengenai situasi pembekalan air semasa di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beberapa bulan lalu.

Realitinya, jika tidak dijaga dengan baik, kualiti air sungai dibimbangi meningkat kepada kelas empat yang akan melibatkan kos rawatan air yang jauh lebih tinggi. Kualiti sungai yang berada tahap kelima pula tidak boleh dirawat kerana ia terlalu tercemar dan jika ini berterusan, ia bukan sahaja akan menaikkan kos merawatnya, malah juga akan menyebabkan negeri ini mengalami kekurangan sumber air untuk dibekalkan ke seluruh negeri ini.

Dalam hal inilah, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu segera bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk mencari jalan menyelesaikan isu penangguhan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Ini supaya krisis air yang dijangka berlaku di negeri itu pada 2014 dapat dielakkan.

Hal ini turut dibangkitkan oleh Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail pada 11 Januari lalu. Kata beliau, sehingga kini projek yang masih belum dapat diteruskan ialah pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2, Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor serta pembinaan empangan dan loji baru di Salak Tinggi, Selangor.

Projek-projek itu, kata beliau, tidak dapat diteruskan akibat tidak mendapat persetujuan kerajaan PKR Selangor membabitkan termasuk isu tanah dan harga air. Sedangkan, projek-projek tersebut perlu disegerakan untuk memenuhi permintaan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang meningkat 3.5 peratus setiap tahun.

Kapasiti pengeluaran air bersih sedia ada tidak cukup menampung permintaan kerana kadar pengeluaran air di loji rawatan sekarang mencapai tahap maksimum dan tidak boleh lagi dipertingkatkan.

Atas sebab itu jugalah pada keesokannya, sekali lagi isu ini dibangkitkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kata Muhyiddin, kerajaan PKR Selangor harus mengutamakan kebajikan rakyat dengan menyelesaikan segera isu krisis bekalan air di negeri itu yang dijangka bertambah buruk menjelang 2014.

"Proses cadangan itu sudah berlarutan lebih daripada sepatutnya. Pokoknya bukan soal Kerajaan Pusat tidak mengambil langkah tetapi sikap Kerajaan PKR Selangor yang tak respons secepatnya.

"Kita minta mereka ambil kira kebajikan rakyat. Jika pentingkan soal rakyat maka kena buat keputusan cepat. Kalau tak buat keputusan segera, kita bimbang akan berlaku krisis air di Lembah Klang yang turut memberi kesan besar kepada negara," kata beliau yang Pengerusi Majlis Sumber Air Negara (MSAN).

Kesemua di atas tadi itulah fakta yang harus diperjelaskan oleh Rodziah dalam perjumpaan dengan penduduk tempoh hari di pangsapuri berkenaan. Malah, kalau Rodziah hendak penjelasan lanjut, tontonilah video dokumentari Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang dilancarkan pada 18 Oktober tahun lalu yang memberi penjelasan panjang lebar kepada rakyat terhadap isu krisis bekalan air yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 2014.

Video dokumentari bertajuk 2014: Satu Penjelasan selama lima minit itu yang boleh diikuti di laman sosial YouTube, Facebook turut memuatkan kemelut pembinaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) apabila kerajaan negeri Selangor gagal memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat untuk mencapai persetujuan.

Penjelasan melalui video dokumentari ini bukan kerana kerajaan nak bantah atau lawan siapa-siapa. Tetapi hanya sekadar mahu menjelaskan kepada orang ramai mengenai apa akan terjadi (kalau pelaksanaan projek Langat 2 ditangguhkan) pada 2014.

Memang benar rakyat wajar menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya kepalsuan.

Rodziah dan sekutu-sekutunya barangkali boleh mengungkapkan yang manis-manis untuk memancing undi.

Tetapi tidak semudah itu rakyat termakan dengan 'umpan'.

KOMEN : HAKIKATNYA JANJI MULUK-MULUK PUAK PEMBANGKANG YANG PATUT DITOLAK KELONGKANG... JANJI YANG LALU PUN MASIH TAK TERTUNAI, APAKAN LAGI JANJI BARU MEREKA...? SAMPAI BILA MEREKA NAK TIPU RAKYAT... TAK TAHULAH KALAU RAKYAT SELANGOR SANGGUP DITIPU DAN DIPERBODOHKAN UNTUK KALI KEDUA....?

1 comment:

Anonymous said...

MB SAMPAH TU X HALANG PROJEK EMPANGAN LANGAT 2 BENDA NI X KN JADI BROO..TP BILA ORG BWHAN MCM RODZIAH PANDIKUTTI NI BUAT KEJE MANE PNH PAKAI OTAK..SEME IKUT KEPALE LUTUT DIA JEK. NAK SGT SELANGOR JD MCM KELANTAN KEHKEHKEHKEH