Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 9 January 2012

'Saya dipecat kerana Anwar'


DARI UTUSAN MALAYSIA
9/01/2012



Dr. Hasan Ali bersama isterinya ketika berucap mengenai pemecatan beliau di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, malam tadi.

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengakui terkejut dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini yang memecatnya daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menganggap keputusan yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sebagai tindakan yang drastik dan berasa sedih kerana perjuangan Islam beliau selama ini dibalas sedemikian rupa.

"Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut diambil.

"Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun dalam satu ucapan di kediamannya di sini malam ini, Dr. Hasan menyifatkan pemecatannya adalah disebabkan komen beliau yang tidak bersetuju dengan Kempen Bebas Anwar 901.

''Apa yang saya komen berkenaan Anwar adalah soal peribadi di mana saya tidak mahu rakyat diheret untuk menjunjung perjuangannya yang kotor itu.

''Paling tidak seronok kerana pemecatan ini disebabkan desakan daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali,'' katanya.

Pada Jun tahun lalu, Hasan telah digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor yang disandangnya sejak tahun 2003 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak itu telah digantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman.

Beliau merupakan antara pemimpin Pas yang menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist di Damansara Utama pada Ogos tahun lalu, selain melibatkan diri secara aktif menyokong gerakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bagi mengekang masalah murtad di kalangan masyarakat Islam.

Baru-baru ini, pandangan beliau dilihat bercanggah dengan pendirian pakatan parti pembangkang apabila menolak perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Pemecatan bukti kuatnya cengkaman PKR

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pemecatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai ahli Pas berkuat-kuasa serta-merta hari ini membuktikan betapa kuatnya cengkaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Pas.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ia terbukti apabila Hasan dipecat selepas kurang 24 jam Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas berbuat demikian.

''Hasan juga dipecat tanpa langsung diberi peluang membela diri dan tidak dipanggil untuk mempertahankan diri. Islam sangatkah cara itu?'' katanya menerusi laman sosial Tweeter hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada pemecatan Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta hasil mesyuarat yang diadakan Pas Pusat hari ini.

Dalam satu kenyataan, Pas menjelaskan, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) dan setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa Pas Pusat.

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan Pas.

Zulkifli menambah, Hasan dipecat kerana mempertikai akhlak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta hanya kerana kelantangannya mempertahankan Islam, membela akidah umat, memerangi murtad dan mencegah kemungkaran.

''Saya mahu bertanya kepada ahli-ahli Pas yang beria-ia sangat mahu mempertahankan Anwar esok, Hasan yang mempertikai akhlak Anwar telah dipecat daripada Pas, dan anda semua masih mahu mempertahankan Anwar lagi?'' katanya.

No comments: