Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 11 January 2012

BNM edar syiling baru 16 Januari ini


DARI UTUSAN MALAYSIA
11/1/2012




Eksekutif Kanan BNM, Zuraida Abdul Malek menunjukkan duit syiling baharu.

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mula mengedarkan duit syiling siri baharu mulai 16 Januari ini.

Bank Pusat itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, duit syiling baharu itu adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.

Duit syiling yang digunakan sekarang akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

''Bagi memastikan peralihan yang lancar, pengendali mesin wang tunai telah diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka supaya mampu menerima bayaran menggunakan duit syiling baharu ini,'' katanya.

Bertemakan 'Keunikan Malaysia', reka bentuk duit syiling siri baharu itu mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara.

Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dengan warna kuning dan perak bagi memudahkan orang ramai mengetahui denominasi yang berlainan.

Duit syiling baharu ini adalah lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

Reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Selain itu, duit syiling baharu ini dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03 - 2698 8044 sambungan 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

1 comment:

Anonymous said...

CATIK TU BROO..ADE PEMBAHARUAN. TP DUIT NOTE 500 MASIH XDE HEHEH