Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 20 January 2012

'Market' Hasan Ali semakin tinggi....?

DATUK BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ ialah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia.
DARI UTUSAN MALAYSIA
20/1/2012


SEJAK Isnin dua minggu lalu, dua tokoh negara menjadi sebutan ramai. Datuk Seri Anwar Ibrahim disebut kerana ramai yang 'terkejut beruk' mendengar keputusan mahkamah membebaskan beliau atas tuduhan meliwat kerana kurang bukti.

Seorang lagi pula, Datuk Dr. Hasan Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipecat daripada parti Pas yang didodokongnya kerana terlalu lancang mengkritik Anwar sehari sebelumnya.

Ringkasnya, Anwar bebas, Hassan pula melepas - kerana selain daripada dipecat, beliau juga diminta oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sukarela meletak jawatan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Jumaat minggu lalu, tanpa sabar-sabar lagi, Khalid menghadap Sultan Selangor untuk menyingkirkan Dr. Hasan dengan alasan hilang kelayakan kerana dipecat daripada Pas.

Dr. Hasan sebenarnya mempunyai tempuh 30 hari untuk merayu tetapi Khalid melihat nyawa Hasan bagaikan telur di hujung tanduk terus mahu nyahkan tokoh yang pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara itu.

Dan kini, Ahli Dewan Undangan Negeri, kawasan Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi dipilih menggantikan Dr. Hasan untuk memenuhi kuota Pas.

Orang ramai terus berbincang apa yang bakal dilakukan oleh Anwar bermula daripada cahaya dan sinar politik masa depannya khusus untuk menapak ke Putrajaya selaku Perdana Menteri, dan rayuan oleh Saiful Bukhari Azlan mengenai kes liwat itu membawalah kepada kes China Doll dan laporan palsu kepada polis.

Dr. Hasan yang nyata terkejut dengan pemecatannya itu kelihatan memang sudah bersedia menghadapi apa juga keadaan. Kenapa Dr. Hasan dikatakan 'selamba' dan bagaikan semakin tinggi nilainya?

Manakan tidak, orang dipecat kerana pelbagai kesalahan, tetapi Dr. Hasan menerima nasib sedemikian kerana perjuangan. Perjuangan itu pula bukan sahaja disokong oleh ahli-ahli Pas tetapi juga orang ramai dan orang Islam termasuk penyokong UMNO. Jadi berdasarkan ini, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak bersendirian.

Malahan beliau sebenarnya bersama-sama rakyat jelata yang mahukan syiar Islam terus bersinar di Selangor dan negara ini. Apabila dipecat, tokoh lain mungkin ibarat kuda patah kaki, tetapi Dr. Hasan tidak patah kakinya - cedera pun tidak.

Rakan-rakan dan jiran-jirannya di Taman Tun Dr. Ismail sudah mulai bercakap-cakap agar tokoh motivasi ini bertanding di kawasan itu dan tinggalkan sahaja Gombak Setia yang diwakilinya sekarang.

Menurut rakan-rakan dan pengikutnya di sekitar Damanara, Dr. Hasan boleh bertapak di mana-mana sahaja yang majoriti pengundinya adalah orang Melayu. Ini kata mereka adalah kerana beliau boleh dan selesa diterima oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik.

Itu kata-kata penyokongnya di Taman Tun Dr. Ismail/Damansara, tetapi para pengundinya di Gombak Setia juga tidak mahu 'melepaskan' beliau, khabarnya.

Walau atas tiket apa pun, termasuk bebas, beliau boleh menang dalam pilihan raya umum nanti. Orang Melayu dan Islam 'angkat topi' pada beliau kerana ketegasan beliau memperjuang dan mempertahankan bangsa Melayu, institusi raja-raja Melayu dan juga syiar Islam.

Khabarnya, para pengundi di Sungai Burung, Selangor yang pernah diwakilinya melalui pilihan raya umum pada tahun 1999 juga tidak akan menolak sekiranya beliau kembali bertanding di situ.

Ramai juga yang membaca penganugerahan gelaran Datuk sempena keputeraan Sultan Selangor akhir tahun lalu sebagai suatu kekuatan dan simbul sokongan kepadanya. Bagi mereka, walaupun Tuanku Sultan bertitah anugerah itu adalah demi keadilan setelah DAP mendapat penghormatan yang sama setahun sebelumnya, orang ramai tetap menyakini ada sesuatu yang tersirat.

Terbaharu, sudah kedengaran idea atau lontaran di kalangan pengundi untuk menjemput Dr. Hasan bertanding di kerusi Bangi yang kini dipegang oleh Pas melalui Dr. Shafie Abu Bakar yang menduduki kerusi itu seperti jongkang-jangkit - sekali di atas, sekali lagi di bawah.

Beliau menang kerusi itu pada tahun 1999 mengalahkan Choong Tow Chong (MCA-BN) tetapi kecundang kepada Datuk Dr. Amran Kasimin (UMNO-BN) pada tahun 2004 dan menang kembali pada 2008 mengalahkan Datuk Fathil Daud.

Bagi pemerhati politik tempatan, Dr. Hasan ada peluang di sini walaupun beliau terpaksa menentang kawannya, Pesuruhjaya Pas kawasan iaitu Shafie Ngah yang dijangka menggantikan Dr. Shafie.

Alasan bagi mereka mengatakan Dr. Hasan ada peluang adalah kerana DUN Bangi mempunyai banyak pengundi Melayu/ Islam tetapi yang penting adalah faktor kawan lamanya iaitu Datuk Dr. Harun Din yang juga Naib Presiden Pas yang dihormati.

Menurut para pemerhati, Dr. Hasan ada hubungan istimewa dengan Dr. Harun Din dan orang Melayu yang tidak mahu mengundi UMNO di DUN itu sudah pasti akan bersamanya. Walaupun itu hanyalah andaian... ada juga kebenarannya.

Persoalannya sekarang ialah apakah vehicle yang bakal digunakan oleh Dr. Hasan untuk meneruskan perjuangan dan kesinambungan politiknya memandangkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu, UMNO tidak membuat sebarang tawaran kepada Dr. Hasan.

Bagaimanapun berdasarkan maklumat, sekiranya Dr. Hasan tidak bergerak melalui parti, seorang tychoon negeri Selangor yang juga penyokong BN bersedia membentangkan permaidani merah mempelawa beliau mengetuai sebuah organisasi yang bergerak seperti Perkasa. Benarkah begitu?

Kita tunggu masa untuk menjawabnya!

1 comment:

Anonymous said...

SLM BRO..BAGUS GAK PAS BG POINT KT HASAN ALI..RATING MENCANAK2. TETIBA PAS SAKIT KEPALE..TU LAA AKIBAT SUKE MELUDAH KAT ORG YG BYK BUAT JASA..PAS KENE HUKUM KARMA BEB! KEHKEHKEHKEH