Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 9 January 2012

AGENDA 901 - UTUSAN MALAYSIA

Kes liwat: Anwar Ibrahim tiba bersama isteri dan anak-anak
09/01/2012 9:40am


KUALA LUMPUR 9 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini pada pukul 8:50 pagi bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan kesemua anak beliau termasuk anak lelakinya, Ihsan.

Juga hadir di mahkamah bagi mengikuti prosiding keputusan perbicaraan liwat tersebut ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. – Utusan

Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan

09/01/2012 9:45am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSANKes liwat:

Tak boleh disabitkan atas hanya keterangan mangsa 09/01/2012 10:20am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu. – UTUSAN

Integriti sampel DNA tak boleh 100% dipastikan tak diusik 09/01/2012 11:25am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah tidak boleh 100 peratus memastikan bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diusik.

Sehubungan itu, dalam keputusannya hari ini, hakim menyatakan, adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA semata-mata.

"Di peringkat kes pembelaan dalam kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan SP1 (Mohd Saiful).

"Dengan itu, tertuduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilepas dan dibebaskan," kata hakim.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu. – UTUSAN

Pendakwa raya belum putuskan sama ada akan buat rayuan 09/01/2012 11:30am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN

Bebas pertuduhan liwat: Anwar masih belum berasa lega 09/01/2012 11:02am Oleh SYUKRI SHAARI dan KHUZAIRI ISMAIL

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau masih belum boleh menarik nafas lega walaupun bebas daripada pertuduhan liwat.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk meneruskan pendakwaan masih ada. – UTUSAN

1 comment:

zul said...

gambar jari tengah?

ya, begitulah mentaliti umno! pejuang Islam paling sejati pernah wujud di muka bumi.