Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 18 January 2012

Jangan lupa dosa dan pahala


Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my



KETIKA ditemu bual oleh wartawan BBC baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempertikaikan undang-undang yang bersifat diskriminasi terhadap golongan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang berkenaan sebagai sudah lapuk, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

''Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay seluruh dunia ekoran pembebasannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit yang berlangsung pada 12 Januari lalu itu boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Antara pertubuhan pro-lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang menyatakan sokongan terbuka kepada Anwar adalah Progresif Gay Filipina (ProGay) dan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI).

Pertubuhan terbabit telah mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan undang-undang Kanun Keseksaan legasi daripada kolonial British yang menghukum pelaku homoseksual, dengan alasan ia sudah lapuk.

Berikutan kenyataan Anwar dan desakan kumpulan pro-LGBT terbabit, kita sudah pasti merasa musykil kenapa isu terbabit dipandang daripada sudut undang-undang sahaja dan bukannya agama.

Dimanakah suara pemimpin Pas yang sebelum ini mendakwa merekalah pejuang Islam tulen? Adakah para ulama dalam parti itu kini hanya mengambil sikap memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap perlakuan maksiat terbabit semata-mata kerana tidak mahu percanggahan pendapat mereka dengan Anwar menggugat perpaduan pembangkang dan matlamat menawan Putrajaya?

Jika telahan kita benar, nampaknya pemimpin dan ulama Pas kini telah beralih untuk meletakkan wala' (ketaatan) kepada ahli falsafah Itali, Niccolo Machiavelli yang menganjurkan prinsip matlamat menghalalkan cara.

Pesanan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, Mesir seperti Syed Qutb dan Hassan Al-Banna serta pengasas Jamaat-e-Islami, Pakistan, Sayyid Abul Ala Maududi sudah dibuang jauh-jauh oleh Pas kerana bagi mereka perjuangan menegakkan Islam itu sudah lapuk.

Mengulas perkara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, perbuatan homoseksual tetap haram dalam Islam dan individu yang melakukan perlakuan keji itu telah berdosa.

''Ketetapan ini disebut oleh Allah di dalam al-Quran terutama dalam kisah Nabi Luth bersama kaum baginda yang ingkar.

''Oleh itu undang-undang negara (Kanun Keseksaan) yang mengharamkan perbuatan liwat wajib dipertahankan walaupun Anwar menuduhnya lapuk dan tidak relevan. Walau apa yang berlaku kita wajib mempertahankan peruntukan ini," katanya.

Nakhaie yang juga Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia berkata, tindakan Anwar itu membuktikan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu penyokong kuat gerakan pluralisme dan liberalisme.

Menurutnya, rakyat seharusnya menilai pendirian Anwar itu secara rasional demi mempertahankan Islam.

Mengenai sebab Pas masih menyokong Anwar, Nakhaie mengakui berasa pelik dengan apa yang berlaku pada parti itu ketika ini.

Katanya, jika dahulu pelbagai tuduhan Pas lemparkan kepada UMNO termasuk mengkafirkan UMNO atas prinsip antisekularisme, tetapi kini parti berkenaan nampaknya begitu selesa menjalinkan hubungan dengan puak sekularisme.

''Sebenarnya saya yakin ini adalah petunjuk daripada Allah bahawa Pas sanggup mengorbankan perjuangan asal mereka dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan mana-mana kumpulan atas nama politik meskipun mereka terdiri daripada golongan liberalisme dan sekularisme. Inilah yang berlaku sekarang," ujarnya.

Turut bersetuju dengan pandangan Nakhaie itu ialah seorang lagi bekas Naib Presiden Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali.

Beliau yang sepanjang menjawat jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor telah menunjukkan kesungguhan tidak berbelah-bahagi untuk menegakkan syiar Islam menegaskan perbuatan menghalalkan LGBT hanya akan menyebabkan negara huru-hara.

''LGBT disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku.

''(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

''Pandangan-pandangan dalam temu bual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadi Anwar dan ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar," ujarnya.

Kenyataan dua bekas pemimpin Pas itu membuktikan parti itu yang sepatutnya berperanan memastikan pihak pembangkang tidak tercicir daripada landasan Islam, tidak lagi menjalankan tugasnya semata-mata kerana mengejar matlamat duniawi.

Kita bimbang jika pandangan terlalu liberal yang dibawa Ketua Pembangkang tidak dibendung, maka akan lahir golongan pelampau yang akan mengambil tindakan sendiri apabila merasakan undang-undang tidak lagi mampu mengekang kegiatan LGBT.

Itulah yang berlaku kepada ilmuwan Islam, Profesor Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Lois Al-Faruqi yang dibunuh di kediaman mereka di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) pada 1986.

Pembunuh yang merupakan lelaki berkulit hitam yang baru memeluk Islam, Joseph Louis Young telah membuat pengakuan bertulis kepada pihak polis, mendakwa terpaksa membunuh keluarga ilmuwan itu kerana mereka memaksa beberapa pelajar Malaysia mengadakan hubungan homoseksual sebagai balasan untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian di Universiti Temple, AS.

Ingatlah falsafah China mengenai keseimbangan alam antara yin (putih) dan yang (hitam). Jika kita terlalu liberal maka akan lahir golongan ekstremis untuk menyeimbaginya. Kalau ini terjadi, Malaysia pasti huru-hara.

KOMEN : BACA DULU DAN JANGAN MENYOKONG ANWAR TAK TENTU HALA...

No comments: