Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 11 January 2012

DAH BEBAS PUN MASIH NAK TEMBERANG... LIWAT TETAP LIWAT...


Karpal sangkal dakwaan Anwar konon kerajaan bimbang
DARI UTUSAN MALAYSIA
11/1/2012


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh menyangkal dakwaan anak guamnya yang menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia.

Sebaliknya Pengerusi DAP itu menegaskan, ia adalah keputusan badan kehakiman berdasarkan bukti serta kandungan perbicaraan sepenuhnya.

"Tidak, ia (keputusan) tiada sebarang kaitan dengan kebimbangan kerajaan seperti yang didakwa oleh Anwar," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Anwar dalam satu temuramah dengan agensi berita asing AFP mengaitkan keputusan mahkamah itu ekoran kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.

Mahkamah Tinggi di sini semalam membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana tidak cukup bukti.

Karpal berkata, keputusan badan kehakiman dan kebimbangan kerajaan adalah dua perkara berbeza.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mencadangkan kepada DAP supaya mengehadkan calon parti itu bertanding hanya satu kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Menurut beliau, selain membuka peluang kepada calon baru, ia juga bagi memastikan calon yang diberi kepercayaan itu fokus serta memberi perhatian sepenuhnya terhadap kawasan masing-masing.

Ditanya sama ada beliau akan memanjangkan cadangan itu kepada parti pakatan lain, Karpal berkata, beliau tidak tidak mahu mencampuri urusan parti lain.

Anwar dicabar kemuka bukti terdapat tekanan luar

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar mengemukakan bukti dakwaannya yang mengatakan keputusan penghakiman kes liwat membabit beliau semalam dipengaruhi tekanan dari luar negara.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar seharusnya lebih bertanggungjawab dan membuktikan setiap dakwaannya.

"Buktikan kepada rakyat negara ini siapakah sebenarnya yang memberi tekanan kepada kerajaan dalam kes ini jika ada.

"Kena tunjuk negara mana yang beri tekanan. Jangan main cakap saja, cakap mesti ada bukti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Anwar dalam reaksinya menyifatkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membebaskannya daripada tuduhan meliwat ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.

Ramlan berkata, Anwar sepatutnya menarik balik tuduhan terdahulu yang mengatakan wujud konspirasi di dalam perbicaraan kesnya.

"Sebagai seorang ketua, Anwar perlu buktikan pendirian yang tetap dan kredibiliti dalam sesuatu perkara.

"Kalau dia gentleman dia kena tarik balik tuduhan itu dan bukan memutar belit dan menukar tuduhan selepas dilepaskan mahkamah," tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, tindak-tanduk Anwar yang sentiasa membuat tuduhan dan menyebar temberang harus dinilai oleh rakyat khususnya penyokong Ketua Pembangkang itu sendiri.

KOMEN : JAWAB JANGAN TAK JAWAB... BUKTI MANA? DNA MANA?

1 comment:

zul said...

kalau berani, dengar ni sampai habis, ada 7 bahagian.

http://www.youtube.com/watch?v=KMm4vjhGP6Q&feature=BFa&list=PLAE23FA4A37DEB89F&lf=results_video

mana tahu DSAI meliwat?