DARI BERITA HARIAN
Revolusi Iran kira-kira 34 tahun lalu menggoncang dunia. Kuasa
besar Barat terpinga-pinga dengan pengaruh pemimpin Syiah, Ayatollah
Khomeini dan bagaimana beliau menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlevi,
yang disokong Amerika Syarikat. Gerakan Islam sedunia bagaikan mendapat
semangat baru. Di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjumpa Khomeini.
Pulang ke Malaysia, Anwar isytiharkan sambutan ‘Hari Pembebasan dan Perpaduan Iran’ pada 16 Mac 1979. PAS tidak ketinggalan. Pemimpinnya, Mohamed Sabu menggunakan retorik tokoh Syiah itu dalam ucapan dan ceramahnya. Mereka juga mempengaruhi gerakan pelajar Islam, terutama di sekolah agama dan pondok, untuk menentang kerajaan menggunakan revolusi di Iran sebagai contoh.

Rencana Harakah (31 Disember 1999) memuji Khomeini sebagai wira dan
‘role model’ untuk PAS. Malah, ada dakwaan seorang ulama PAS dilantik
duta khas Khomeini untuk Asia Tenggara dan risalah ucapan pemimpin Syiah
itu diedar di masjid sekitar Kuala Lumpur (Baca Shanti Nair, Islam in
Malaysian Foreign Policy, ISEAS 1997).
Pada Muktamar PAS 1983, Presidennya, Yusof Rawa berucap: “Kejayaan revolusi Islam di Iran menambah lagi keyakinan kita terhadap kejayaan Islam masa hadapan. Kita mestilah mempelajari daripada kejayaan umat Islam di Iran untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan kita untuk berjuang.” Yusof menyaksikan sendiri bibit-bibit revolusi kerana ketika itu, beliau adalah Duta Malaysia ke Iran, Turki dan Afghanistan.
Kebetulan, perkembangan di Pakistan yang menyaksikan kemunculan Jeneral Zia ul-Haq (yang memperkenalkan hudud dan cukai cara Islam) dan gerakan Islam menentang kerajaan Anwar Sadat di Mesir turut memberi kesan ke atas PAS sehingga muncul kumpulan pemimpin muda yang berlainan pembawaan berbanding pemimpin terdahulu seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Tan Sri Asri Muda.
Selain Yusof, paling menonjol ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat dan
beberapa pemimpin ABIM-PAS, seperti Datuk Fadzil Noor, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang, Datuk Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.
Bawa pendekatan baru
Bawa pendekatan baru
Sebagai Presiden (1983-89), Yusof membawa pendekatan baru,
menyusun organisasi parti dan membuka ruang kepada ulama menguasai PAS.
Beliau mempelopori konsep ‘kepemimpinan ulama’, memperkenalkan Majlis
Syura dan jawatan Mursyidul Am, yang dipegangnya sendiri. Menurut
Badlihisham Mohamad Nasir:
“Imej PAS dikatakan seolah-olah berubah mengikut rentak
kepemimpinan ala-Syiah di Iran yang memberikan status yang amat tinggi
kepada ulama.” (Tamadun, Ogos 1999). Apabila Jaafar Nimeiri melancar
revolusi Islam di Sudan pada 8 September 1983, Yusof mencadangkan
penubuhan negara Islam di Malaysia mengikut acuan revolusi Iran. Menurut
Dr Farish A Noor, di bawah kepemimpinan Yusof dan kumpulan muda, PAS
bersikap lebih militan dan berkonfrontasi ala gerakan radikal Mesir
seperti Tanzim al-Jihad dan Takfir wa’l-Hijrah.
Tanzim al-Jihad (atau Jama’ah al-Islamiyyah) dipimpin personaliti Ikhwanul Muslimin seperti Muhamad Abdul al-Salam Faraj, Abbud al-Zumur dan Khalid Islambuli, semuanya pengikut Khomeini, Syed Qutb dan Sheikh Umar Abdul al-Rahman, yang membenarkan pembunuhan orang awam Islam atas nama jihad.

Takfir wa’l-Hijrah (atau Jama’ah al-Muslimin) dipimpin Ahmad Shukri
Mustafa, juga pengikut Syed Qutb, dan sering menggunakan takfir sebagai
senjata politik. Kumpulan ini menganggap selain ahli mereka, orang lain
adalah kotor dan berdosa. (Islam Embedded Vol 2, MSRI Kuala Lumpur,
2004). Tidak terbabit ialah Imam Hassan al-Banna, Sheikh Ahmad Yasin
atau Fathi Yakan, yang penulis silap label sebagai pemimpin Syiah dalam
artikel minggu lalu.
Sejak itulah, PAS dilihat mengambil pendekatan politik yang semakin keras. Pemimpin mereka sering melabel orang lain sebagai kafir, asabiyyah, munafiqin, mustazaffin dan syirik. Kemuncaknya ialah Amanat Haji Hadi pada 1982 yang menuduh UMNO kafir. Hadi juga menulis buku bertajuk Hizbullah dan Hisbussyaitan manakala Ibrahim Libya mahu berjihad menumbangkan kerajaan yang dianggap sekular dan munafik mengguna revolusi Syiah sebagai model. (Baca Perisai Memali oleh CN Afghani, Baling, 1997)
Kini PAS tolak pengaruh Syiah
Revolusi Iran akhirnya menghadapi masalah dalaman dan luaran. Mereka yang dianggap musuh kerajaan Syiah dipenjara atau dibunuh, tokoh akademik dibuang kerja dan parti politik seperti Tudeh diharamkan. Khomeini melancar perang dengan Iraq antara 1982-1988 sehingga menghancurkan kedua-dua negara. Ramai pemimpin dan tokoh revolusi yang kemudian membantah pemusatan kuasa ulama, kerakusan Khomeini dan kekejaman Syiah letak jawatan (Perdana Menteri Mehdi Bazargan), meninggalkan negara (Presiden Bani-Sadr), dibuang negara (Ayatollah Muhammad Kazim Shariatmadari,) atau dibunuh (Sadeq Gobtzadeh).
Hari ini, PAS secara terbuka menolak pengaruh Syiah tetapi 35 tahun lalu, tokoh yang berani membangkitkan bahaya kesan revolusi Iran dan sikap Syiah dalam kalangan kepemimpinan parti seperti Abu Bakar Hamzah, Asri Muda dan Nakhaie telah disingkir. Kata Abu Bakar, yang dipecat pada 1986: “Memang perangai orang PAS sekarang ini suka mentakfirkan orang lain, suka pulau memulau, suka rasa dirinya saja yang beriman dan bertakwa, sedangkan orang lain adalah kafir belaka. Perangai biadab seperti ini berleluasa dalam PAS dan ayatollahnya gagal membendung... perangai jahiliah beginilah yang akan meruntuhkan perjuangan PAS.” (Mingguan Islam, 17 Jun 1988)

1 comment:
Jauhi Syiah, sesat lg menyesatkan, jgn cenderung pd yg zalim, apatah lg yg sesat dan kufur.
Post a Comment