MUAR 31 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
akan tetap dilancar 6 September ini walaupun mendapat tentangan
Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
(Dong Zong).
Beliau yang juga Menteri Pendidikan menegaskan, kerajaan tidak akan
tunduk atau berasa takut dengan desakan Dong Zong kononnya PPPM akan
menghapuskan bahasa Mandarin dan sekolah-sekolah vernakular.
"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab membela perjuangan kaum
Melayu dan negara, kita akan teruskan dasar ini tanpa rasa terganggu,
tergugat atau takut berhadapan dengan mereka," katanya ketika berucap
dalam Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Surau Saadiah,
di sini hari ini.
Dalam majlis yang turut dihadiri isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul
Rahman itu, Muhyiddin turut menyampaikan sumbangan kepada 68 anak-anak
yatim.
Selain itu, UDA Holding Berhad turut menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada surau berkenaan. Sebelum ini, Dong Zhong mendakwa PPPM akan menghapuskan bahasa
Mandarin dan sekolah vernakular menerusi persidangan yang diadakan
persatuan tersebut sekali gus menunjukkan mereka seolah-olah dihantui
dengan pelaksanaan pelan berkenaan.
Dalam pada itu, Muhyiddin mencabar Dong Zong membaca dan meneliti isi
kandungan pelan berkenaan yang tidak menyebut langsung usaha
memansuhkan bahasa Mandarin atau sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan
Tamil.
Menurutnya, PPPM yang akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak itu memperuntuk sebanyak RM125 juta yang bukan sahaja
bertujuan memperkasa bidang pendidikan tetapi bahasa Melayu di sekolah
kebangsaan.
"Kita mahu jadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan kepada
semua kaum. Jangan jadikan usaha ini sebagai isu politik yang boleh
menggugat keharmonian dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan," katanya.
Beliau berkata, bidang pendidikan akan mundur jika langkah tersebut
tidak diambil kerana PPPM adalah menyeluruh serta merangkumi semua
aspek.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan, kerajaan turut memberi tumpuan
dalam soal pendidikan Islam untuk meneruskan kemajuan sekolah agama di
negara ini sesuai dengan kedudukan umat Islam sebagai masyarakat
majoriti.
"Untuk itu kita akan bina sekolah menengah agama sempena nama arwah
bapa saya di atas tanah seluas 6.8 hektar di daerah ini," katanya.
KOMEN : SATU AJE KEBIMBANGAN KAWAN... TAKUT NAJIB TARIK HAND BREAK... BILA KENA SERGAH DENGAN HANTU CINA RASIS... TPM BERTEGAS... ESOK-ESOK YANG JADI MANGSA ANAK-ANAK AKU... MULALAH ANGIN SATU BADAN...
No comments:
Post a Comment