SEMUA ulama dalam kalangan Ahli Sunah wal Jamaah sejak zaman-berzaman
bermula daripada Tabien, Imam-imam mazhab yang empat dan sampailah ke
hari ini telah mengingatkan akan bahaya syiah. Syiah merupakan sebuah
agama yang lahir daripada ajaran Yahudi. Secara zahirnya, pengikut syiah
dan ulama mereka kelihatan seperti seorang Islam beramal seperti orang
Islam lain tetapi jika diperhalusi ibadat yang mereka lakukan semuanya
menyimpang daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi SAW.
Hal ini kerana syiah berbeza daripada ajaran Islam disebabkan
kepercayaan dan akidah yang dianuti oleh golongan ini tersasar daripada
akidah Ahli Sunah wal Jamaah. Misalnya, mereka berakidah bahawa Saidina
Ali adalah Nabi yang sebenar, sahabat Nabi semuanya murtad setelah
kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang sahaja yang tidak murtad.
Syiah menyatakan bahawa al-Quran yang ada pada kita hari ini telah
diubah seluruhnya dan diselewengkan oleh para sahabat dan golongan Ahli
Sunah wal Jamaah. Dan yang paling malang sekali mereka mengamalkan
kahwin mutaah yakni zina yang telah 'diagamakan' pada hal pada masa yang
sama mereka menuduh Aisyah isteri Nabi seorang pelacur.
Maka tidak hairanlah akidah sesat mereka ini dibantah oleh
beribu-ribu ulama dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam
kitab-kitab mereka, antara perkataan ulama salaf yang boleh kita
kongsikan adalah perkataan Imam Abu Zur'ah. Beliau mengatakan bahawa
"Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu daripada sahabat
Rasulullah SAW, maka ketahuilah bahawa ia seorang zindiq, yang demikian
itu kerana Rasul bagi kita haq, dan al-Quran haq, dan sesungguhnya yang
menyampaikan al-Quran dan as-Sunnah adalah para sahabat Rasulullah.
"Sungguh mereka mencela para saksi kita (para sahabat) dengan tujuan
menidakkan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka (syiah) lebih utama untuk
dicela dan mereka adalah golongan zindik." (al-Kifayah, ms 49, karya al-Khathib al-Baghdadi).
Lebih dahsyat lagi mereka mengatakan Ahli Sunah wal Jamaah adalah
'Nasibi'. Maksud Nasibi ialah manusia yang hina bahkan lebih hina
daripada anak zina, manakala membunuh Nasibi yakni Ahli Sunah seperti
kita merupakan suatu kewajipan sekiranya mempunyai peluang.
PERSAMAAN SEMUA SYIAH
Akidah dan kefahaman syiah ini walau apa pun jenisnya sama ada Syiah
Imam 12 (Rafidhah), Syiah Nusyairiyah, Syiah Tafdiliyah, Syiah Sabi'iyah
dan sebagainya, mereka hanya bermuara kepada satu keyakinan bahawa Ahli
Sunah wal Jamaah adalah musuh. Mereka memusuhi Ahli Sunah wal Jamaah
lebih daripada memusuhi Yahudi dan Kristian.
Hakikat bahaya syiah ini telah jelas dalam kalangan para ulama Ahli
Sunah, cuma yang masih keliru dan bersangka baik kepada golongan syiah
ini hanyalah dalam kalangan masyarakat awam dan pemikir-pemikir Sunni
yang jahil terhadap agama syiah ini.
Golongan Sunni yang jahil terhadap golongan syiah ini merasakan
bahawa usaha terhadap 'Taqrib' (merapatkan) dan bersatu dengan Syiah di
atas nama Islam barangkali dapat menyelesaikan polemik yang telah
berlangsung sejak zaman-berzaman ini.
BAHAYA TAQRIB DENGAN SYIAH
Perlu diingat, telah berlaku usaha taqrib ini bermula di Mesir namun
yang terjadi sebaliknya. Syiah lebih pandai mengambil peluang taqrib ini
dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh mereka kepada golongan Sunni
yang kurang pengetahuan tentang Islam. Jadi usaha taqrib yang disuarakan
oleh golongan Sunni yang kononnya mahu penyatuan ummah ini berakhir
dengan kejayaan Syiah melebarkan pengaruhnya.
Mana mungkin boleh berlaku usaha taqrib dengan golongan yang secara
terang-terangan telah kufur terhadap akidah Islam. Apa yang boleh
diperkatakan usaha taqrib dengan Syiah sebenarnya seperti usaha mengajak
kepada pluralisme yakni menginginkan penyatuan pelbagai agama.
Agama mereka juga adalah 'Taqiyah' yakni halal berbohong dan wajib
berpura-pura apabila bersama dengan kita. Jika mereka lemah dan tiada
kuasa wajib berdusta dengan mengatakan mereka adalah Ahli Sunah,
manakala apabila mereka kuat sesama mereka dan mempunyai kuasa
lebih-lebih lagi kuasa politik, mereka akan membunuh Ahli Sunah tanpa
belas kasihan. Inilah golongan munafik akhir zaman seperti firman Allah
yang bermaksud:
"Dan di antara manusia ada yang berkata, kami telah beriman kepada
Allah dan kepada hari akhirat, pada hal mereka sebenarnya tidak beriman
(munafik)". (Surah al-Baqarah, ayat 8)
KEKEJAMAN SYIAH NUSHAIRIYAH
Buktinya hari ini, Bashar al- Assad dan tenteranya yang menganut
Syiah Nushairiyah telah berlaku kejam dan zalim terhadap rakyatnya yang
berakidah Ahli Sunah wal Jamaah. Hal kebangkitan rakyat di Syria menjadi
modal dan peluang padanya untuk membunuh dan menzalimi Ahli Sunnah.
Bukanlah dia mengambil tindakan kepada rakyatnya yang berakidah Ahli
Sunah kerana pemberontakan kepadanya tetapi yang benar tindakan kejamnya
itu adalah kerana akidah syiahnya yang mahu melaksanakan kewajipan
terhadap agama syiah.
Perkara ini tidak pelik kepada kita yang telah mengetahui akan bahaya
syiah ini. Cuba kita perhatikan, golongan Ahli Sunah wal Jamaah tidak
akan dapat hidup aman di negara yang diperintah oleh golongan syiah.
Hidup Ahli Sunah di negara syiah penuh ketakutan, susah untuk
mengamalkan sunah, sentiasa diburu dan terdapat juga ditangkap dan
dibunuh tanpa pengetahuan umum.
Seperti di Tehran, Iran, tiada satu pun masjid Ahli Sunnah yang
dibenarkan wujud di sana walaupun kuil dan tempat ibadat Yahudi dan
Kristian dibenarkan. Namun sebaliknya, golongan syiah mereka dapat hidup
aman di negara Islam yang diperintah oleh golongan Ahli Sunah wal
Jamaah tanpa diancam atau dibunuh seperti yang mereka lakukan terhadap
Ahli Sunah. Malangnya nikmat aman yang mereka dapat dari negara Ahli
Sunah wal Jamaah digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan syiah.
MAIN WAYANG NATO DAN SYIAH
Golongan Syiah di Timur Tengah dan di Iran digunakan sebaik-baik
mungkin oleh NATO dan Amerika Syarikat (AS). Kalaulah NATO dan AS ingin
menjatuhkan Bashar al- Assad dan rejimnya seperti Saddam Hussin di Iraq,
Muammar Gaddafi di Libya dan Hosni Mubarak di Mesir telah lama boleh
mereka lakukan tetapi perkara ini tidak dilakukan di negara yang
dikuasai syiah kerana hal ini merugikan mereka.
NATO dan Amerika lebih pandai bermain wayang dengan golongan syiah
ini sejak zaman berzaman. Walaupun kelihatan syiah begitu lantang
mengecam AS dan Yahudi dalam masa sama mereka sebenarnya adalah kawan
yang saling bantu membantu untuk menghancurkan golongan sunni.
Sejarah juga telah membuktikan kejatuhan kerajaan Islam bermula
daripada khalifah Uthman dan Ali adalah angkara 'orang dalam' yakni
golongan syiah. Bahkan sepanjang zaman bermula dari era Bani Umaiyah,
Abbasiyah, Ayyubiyah, Otthamiyah sehinggalah ke era abad baru ini tidak
ada satu pun era yang mana syiah tidak mengacaunya sehinggalah kejayaan
besar mereka dapat menjatuhkan Dinasti Pahlavi yang dikuasai oleh Shah
Iran melalui Revolusi Irannya.
Golongan syiah takut akan perpaduan Ahli Sunnah. Apabila Ahli Sunnah
bersatu mereka akan cuba berusaha agar perpecahan terjadi. Jika mereka
tidak dapat mengacau perpaduan sesuatu negara Ahli Sunnah itu, mereka
akan berusaha mengheret kuasa luar mengambil tindakan dan menceroboh
negara tersebut. Syiah memang terkenal dengan membuka pintu bagi
memudahkan tentera -tentera kafir menceroboh dan menjatuhkan sesebuah
wilayah Islam.
SEKAT SYIAH MALAYSIA
Maka, kepimpinan negara kita perlu berhati-hati dan bertegas dengan
penganut syiah yang datang ke sini dengan apa-apa tujuan sekalipun sama
ada belajar, bekerja, berniaga atau melabur kerana golongan syiah ini
bukan semata-mata datang dengan tujuan tersebut, tetapi lebih jauh dari
itu mereka datang bersama-sama dengan matlamat menyebarkan akidah syiah
kepada masyarakat.
Tidak hairan di negara kita terdapat orang Melayu yang menjadi syiah,
beramal dengan amalan syiah dan berusaha untuk mengajak orang lain
kepada syiah. Jadi, usaha menyekat pengaruh kesesatan syiah ini perlu
dimainkan oleh semua orang dan semua pihak terutama sekali Jakim,
Majlis-majlis dan Jabatan agama Islam, Kementerian Dalam Negeri melalui
pihak polis dan Peguam Negara supaya usaha mencegah dapat didahului
kerana kita tidak mahu kelak menjadi parah dan susah untuk merawatnya
pula.
Kita yang mengaku Ahli Sunah wal Jamaah perlu sedar satu perkara
bahawa mustahil syiah dapat bersatu dan berbaik-baik dengan Ahli Sunah
kerana Ahli Sunah wal Jamaah itu adalah Islam. Mana mungkin Islam dapat
menyatu dengan kekufuran dan kesyirikan. Sesungguhnya Islam itu tinggi
dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.
No comments:
Post a Comment