Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 28 January 2014

UiTM kekal kedudukan


Oleh MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHAMAD ZOKI
kampus@utusan.com.my




Dr. Abdullah (tengah) bergambar bersama dengan pemain UiTM FC Liga Perdana 2014 di UiTM, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

BIARPUN beraksi dalam keadaan serba kekurangan, pasukan yang dibentuk tidak sampai sebulan Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC berjaya mengekalkan kedudukannya untuk terus beraksi dalam Liga Perdana 2014.

Timbalan Naib Canselor UiTM yang juga merangkap sebagai Pengerusi UiTM FC, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, persiapan awal bagi musim 2014 dibuat atas kesedaran bahawa saingan Liga Perdana tahun ini dijangka lebih mencabar berbanding musim sebelumya.

"Biarpun UiTM FC tidak dibarisi pemain bintang bernilai ratusan atau jutaan ringgit, tetapi kami yakin mampu memberikan saingan hebat kepada pencabar pencabar musim ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam sidang media pengenalan pemain UiTM FC untuk Liga Perdana 2014 di sini hari ini.

Mengulas kehadiran dua pemain import dalam pasukan UiTM FC, Abdullah berkata, tujuan utama bukanlah untuk menutup ruang kekosongan kepada bakat-bakat di universiti yang sedia ada akan tetapi bertujuan untuk jangka masa panjang.

"Dengan kehadiran Charles Obiikechukwu dari Nigeria dan Abdi Kassim Saddalah dari Tanzania ianya bukan sahaja dapat menaikkan nama UiTM FC sendiri malahan memberi harapan yang cerah agar UiTM FC untuk terus kekal dalam saingan Liga Perdana pada musim ini.

"Rombakan besar-besaran yang dibuat kali ini antaranya adalah mendapatkan khidmat ketua jurulatih baru, Azuan Aziz sebelum ini merupakan bekas Ketua Jurulatih Johor FC dan NS Betaria serta bekas penolong jurulatih KL Felda United,” katanya.

Persiapan musim ini juga menyaksikan UiTM FC mengadakan latihan serta perlawanan persahabatan selama sembilan hari ke

Jogjakarta,Solo dan Semarang pada bulan Disember lalu yang mana pada ketika itu UiTM FC belum lagi dibarisi kelibat pemain import.

UiTM FC memulakan langkah pada Liga Perdana 2014 dengan bertemu T-Team pada saingan awal musim ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20140127/ka_03/UiTM-kekal-kedudukan#ixzz2reL49BWn  © Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments: