Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 22 January 2014

Antara budi bicara dan bicara budi


Oleh ABDUL RAZAK IDRIS





Pusat GiatMara melatih anak-anak muda Melayu yang tidak berkemampuan mendapat kemahiran dalam pelbagai bidang dalam usaha memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) adalah sebuah agensi kerajaan dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan mempunyai autonomi. Mara bukan sahaja menawarkan biasiswa bagi yang layak tetapi turut menubuhkan beberapa institut pendidikannya sendiri.

Antara institusi pendidikan yang ditubuh di bawah Mara adalah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang kini menjadi rebutan ibu bapa menghantar anak mereka. Diwujudkan bagi pelajar bumiputera yang berumur 13 hingga 17 tahun yang mempunyai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.

Selain MRSM, Mara turut menubuhkan Kolej Mara, bagi persediaan pelajar bumiputera untuk melanjutkan pelajaran bagi peringkat pra-universiti seperti A-level, program matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Asasi Universiti. Mara juga menubuhkan Kolej Polytech Mara (KPTM) untuk melatih anak bumiputera dengan kemahiran peringkat tinggi.

Setelah negara ini bertukar dari ekonomi berasas pertanian kepada negara berasas industri di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Mara ibarat namanya terus mara ke depan menubuhkan GiatMara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran Mara (IKM), mengadakan kerjasama dengan pihak luar dan swasta dengan penubuhan German-Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Namun yang paling masyhur adalah penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM), atau dahulunya Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini sudah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan. Institut ini hebat kerana melahirkan ratusan ribu profesional dan separa profesional termasuk yang kini menjadi pemimpin pembangkang.

UiTM bukan sahaja menjadi rebutan pelajar untuk masuk setiap kali ada sesi kemasukan malahan ia ibarat satu kemestian untuk setiap rumah di negara ini mempunyai seorang Alumni dari universiti untuk bumiputera 100 peratus itu.

Kini Mara yang begitu berjasa menempuh gelora akibat ada pihak yang enggan menggunakan budi bicara untuk memberi kebenaran agar GiatMara di Taman Baru Selayang terus dibenarkan beroperasi selama-lamanya atas alasan tanah yang diduduki institusi pendidikan untuk anak bumiputera terutama orang Melayu Selangor itu milik kerajaan negeri.

Soalnya, tidak adakah lagi budi bicara dalam diri seorang yang memanggil diri mereka pemimpin untuk meneruskan legasi GiatMara yang ditubuhkan untuk 'mengajar memancing ikan' bukannya belajar cara meminta ikan dengan lebih banyak lagi seperti tindakan pihak pembangkang mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan menjadikan ia biasiswa.

Jika budi yang yang ditabur oleh Mara dan kerajaan Barisan Nasional (BN) atau Parti Perikatan selama 47 tahun ini (sejak 1966) boleh berbicara sudah pasti ia akan berkata adakah berdosa besar mewujudkan 'sekolah' untuk belajar mencari rezeki untuk anak-anak orang Melayu yang tidak mampu belajar seperti pemimpin-pemimpin mereka yang dahulunya juga mendapat biasiswa Mara hingga sampai ke London?

Apakah selama 47 tahun ini kerajaan menabur wang untuk melahirkan pemimpin yang lupa akan akar umbinya dan pesan nenek moyang yang mahu bangsa Bumiputera terus dibela dengan apa cara sekalipun. Jangan jadikan Mara kambing hitam kerana ia institusi pendidikan milik Kerajaan Pusat.

Kita takut satu hari nanti banyak Sekolah Agama Rakyat yang turut mendapat bantuan Kerajaan Pusat ditutup oleh kerajaan pembangkang. Apa akan jadi pula pada akidah anak kita.

Sudahlah tempat belajar untuk mereka belajar kemahiran industri ditutup kini kemungkinan banyak sekolah bantuan penuh Kerajaan akan menjadi mangsa kerana mungkin ada satu dua sekolah yang masih berstatus pertanian di Selangor.

Justeru, kepada pemimpin politik sama ada di pihak BN mahupun pembangkang dengarlah suara hati rakyat marhaen yang dahagakan peluang pendidikan. Sepatutnya kerajaan negeri memperbanyakkan institusi pendidikan bukannya mengurangkannya.

Jika tiada lagi budi bicara dengarlah bicara budi dalam bentuk pepatah ciptaan nenek moyang kita suatu masa dahulu. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Kalau dalam Bahasa Inggeris disebut 'What you give you get back'.

Dalam konsep pertanian berbudi kepada tanah, kita akan mendapat hasilnya. Namun dalam soal pendidikan budi Mara tidak terkira banyak membantu orang Melayu di negara ini dan di Selangor. Apa salahnya tanah yang menjadi milik Kerajaan Negeri 'dipinjam' untuk anak kepada pengundi mereka untuk belajar.

Bukankah pulau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140122/re_07/Antara-budi-bicara-dan-bicara-budi#ixzz2r5QR7jXa  © Utusan Melayu (M) Bhd 



KOMEN : HAIWAN PUN TAHU MEMBALAS BUDI...

No comments: