Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 28 January 2014

UiTM hampir malukan JDT II


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my




PENYERANG JDT II, Braulio Nobrega diasak keras pemain UiTM, Mohammad Firdaus Paris pada perlawanan Liga Perdana di Stadium UiTM Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Nasirruddin Yazid

KUALA LUMPUR - Sekalipun dibekalkan dengan barisan pemain berpengalaman, itu tidak memberi jaminan buat Johor Darul Ta'zim II (JDT II) apabila hampir dimalukan oleh UiTM FC apabila sekadar seri 1-1 di Stadium UiTM pada saingan Liga Perdana, semalam.

Pemain import UiTM FC dari Tanzania, Abdi Kassim Sadallah, meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-38 tetapi Mohd. Azinee Taib menyelamatkan maruah JDT II apabila menyamakan kedudukan lapan minit sebelum permainan tamat.

Kegagalan mencari tiga mata itu bermakna skuad kendalian Azmi Mohamed terus buntu mendapatkan kemenangan selepas dikalahkan 1-3 oleh pendahulu Liga Perdana, PDRM, pada Jumaat lalu.

Di Stadium Likas, Felda United kembali mencengkam selaku pasukan pilihan apabila meraih kemenangan sulung dengan mengecewakan Sabah 3-1 walaupun ketinggalan hasil jaringan awal Mohd. Rozaimi Abd. Rahman pada minit ke-20.

Bekas pemain Persipura Jayapura yang berasal dari Liberia, Zah Rahan Krangar dapat menyamakan kedudukan buat The Settlers sebelum babak pertama berakhir dan kebangkitan Felda di separuh masa kedua sukar lagi untuk dibendung.

Rakan senegara Zah Rahan, Edward Wilson Junior yang merupakan penjaring terbanyak Liga Premier Indonesia 2009-10 ketika bersama Semen Padang, meledak dua gol pada minit ke-52 dan 77 bagi memastikan Felda pulang ke Kuala Lumpur dengan tiga mata penuh.

Sementara itu, Billy Mehmet terus mencuri tumpuan apabila dia muncul wira skuad Helang Merah dengan dua jaringan pada minit ke-36 dan 92 untuk menewaskan DRB-Hicom FC 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka untuk mengekori rapat kedudukan PDRM dengan memungut enam mata.

PBAPP FC atau lebih dikenali dengan nama jolokan Waterboys yang sebelum ini mencuri satu mata ketika berdepan Felda terus mencuri tumpuan apabila berjaya mengikat Negeri Sembilan dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Bandaraya.

Di Stadium Darul Aman, Perlis menerima kekalahan kali kedua berturut-turut apabila tumbang 0-1 di tangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140128/su_04/UiTM-hampir-malukan-JDT-II#ixzz2reONI5dT  © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: