Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 30 January 2014

DUN Kajang 'batu loncatan' Anwar untuk jadi PM - Dr. M






KUALA LUMPUR 29 Jan. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dilihat sebagai batu loncatan bagi Ketua Pembangkang itu mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri, kata Tun. Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tujuan utama Anwar bertanding di DUN Kajang bukanlah kerana ingin menjadi Menteri Besar Selangor tetapi untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.

"Itu satu langkah untuk naik ke atas. Saya fikir itu (Menteri Besar) bukan matlamat beliau tetapi adalah satu tangga untuk mencapai matlamat.

"Dahulu beliau masuk UMNO pun bukan kerana sayang kepada UMNO tetapi kalau tidak masuk UMNO, tidak boleh jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau masuk kerana ada alasan. Yang ini pun (bertanding di DUN Kajang) ada alasan untuk mencapai matlamat," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program Dalam Radar Khas di Radio24 di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan mengejut Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi DUN Kajang tanpa sebarang alasan bagi membolehkan Anwar bertanding di situ.

Menurut Dr. Mahathir, pengundi di DUN Kajang tidak harus memilih seseorang yang hanya berjuang bagi mencapai agenda peribadi untuk menyandang jawatan tertentu tetapi perlu memilih calon yang mahu berkhidmat untuk rakyat sebagai wakil rakyat mereka.

"Perlu ambil kira dan nilai betul-betul prestasi dan karakter seseorang serta sumbangannya. Kalau seseorang itu cuma berjuang untuk menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar, kita tidak harus pilih orang itu," katanya.

Ditanya sama ada tindakan Anwar bertanding itu ada kaitan dengan rayuan kes liwat yang dihadapinya, Dr. Mahathir berkata, banyak yang boleh dilakukan oleh Anwar untuk melindungi dirinya jika berjaya menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga secara berseloroh mengatakan, apa yang terbaik untuk Anwar ialah sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan dan mengangkat Ketua Pembangkang itu sebagai pengganti beliau.

Mengulas isu berlainan, Dr. Mahathir menyatakan, pertelingkahan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini dalam isu kalimah Allah berlaku kerana rakyat mempunyai persepsi kerajaan yang ada hari ini adalah lemah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140130/po_04/DUN-Kajang-batu-loncatan-Anwar-untuk-jadi-PM---Dr-M#ixzz2rqF3rfY5  © Utusan Melayu (M) Bhd 




KOMEN : MACAM-MACAM MUSLIHAT ANWAR NI YA... AGAK-AGAKNYA ADA KATAK YANG NAK MELOMPAT KOT... LOMPAT SI KATAK LOMPAT, LOMPAT NAK TENGOK CERMIN,  ANWAR DAH MULAKAN MUSLIHAT, TAK LAMA LAGI NAK JADI PM...MEROYANLAH KAU  ANWAR...

No comments: