Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 16 January 2014

SUKA HATI KAULAH UMNO...


Tindakan UMNO tarik balik saman fitnah diperjelas



KUALA LUMPUR 15 Jan. - Tindakan UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bukan bermaksud parti itu tidak serius terhadap pandangan rakyat.

Penegasan itu dinyatakan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang turut menolak dakwaan parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Malah, jelasnya, tindakan sedemikian merupakan bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan serta sanggup berubah.

"Tidak bermakna UMNO takut kerana kalau pihak lawan tidak mahu berubah, maka kita tidak akan beralah.

"Tetapi dalam kes terbabit, pihak lawan meminta untuk diselesaikan di luar mahkamah dengan beberapa terma dan akui kesilapan," katanya seperti dilaporkan oleh UMNO-Online hari ini.

Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Tian Chua dan dua individu lagi berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu, Sabah diselesaikan di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rosilah Yop merekodkan penghakiman persetujuan di dalam kamar selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Dalam kes berlainan pula, Mustafa, peguamnya dan laman web akhbar lidah rasmi Pas, HarakahDaily, menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap UMNO kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip beliau.

Mohd. Hafarizam memberitahu, UMNO bukan parti yang hanya mahu ke mahkamah tanpa sebab dan asas atau menyaman mana-mana pihak untuk mendapatkan ganjaran wang semata-mata, sebaliknya berpaksi kepada prinsip tidak akan berkompromi jika parti difitnah dan dimalukan.

"Tetapi, jika mereka sanggup menyatakan pendirian sama ada meminta maaf atau menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan, UMNO selaku parti siasah sentiasa berjiwa besar kerana imej UMNO bukan sewenang-wenangnya mendapat duit daripada pihak yang disaman," tegasnya.

Jelas beliau, dalam kes melibatkan Tian Chua, Ahli Parlimen Batu itu dan peguamnya telah meminta untuk menyelesaikannya di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO iaitu:

l Insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk tarik perhatian 
UMNO tentang isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Apa jua yang ada kena-mengena dengan UMNO;

l Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;

l Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;

l Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.

Menurut Mohd. Hafarizam, walaupun kes saman malu itu selesai, Tian Chua menghadapi satu lagi pertuduhan jenayah berbentuk hasutan kerana kenyataan yang sama dan terpaksa menjawabnya di mahkamah nanti.

"Laporan polis yang dibuat rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu tersebut terangkum dalam laporan jenayah berbentuk fitnah yang sedang dihadapinya," katanya.

Merujuk kes Mustafa pula, ujar beliau, pihak terbabit turut memberikan tawaran.

"Beliau yang hadir bersama dua defendan lain menawarkan kepada UMNO untuk menarik balik apa jua kenyataan yang merujuk kepada UMNO dan melahirkan kekesalan serta akan mengeluarkan artikel itu daripada Harakahdaily dengan kes tersebut tiada perintah berkaitan kos.

"Oleh itu, UMNO ambil sikap terbuka, sifat besar hati demi menjaga nama dan maruah UMNO, kita setuju menyelesaikannya di luar mahkamah," tambahnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140116/po_01/Tindakan-UMNO-tarik-balik-saman-fitnah-diperjelas#ixzz2qWKRufTD  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: