Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 1 July 2015

POLITIK : Tangguh pemilihan 
perkukuh solidariti UMNO

01 Julai 2015 1:57 AM


Mustapha Yaakub


KUALA LUMPUR 30 Jun – Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menangguhkan pemilihan tahun depan akan memberi ruang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan solidariti parti.

Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan itu amat diperlukan bagi memperkuatkan lagi UMNO yang kini diserang dengan pelbagai isu dari dalam dan luar parti.

Menurut beliau, ruang yang ada mesti dimanfaatkan oleh semua ahli MT UMNO untuk turun padang dan bertemu akar umbi bagi menjawab segala kritikan yang ditimbulkan.

“Veteran UMNO tidak mahu lagi melihat hanya sebilangan kecil ahli-ahli MT parti yang turun padang berdepan dengan kepe­mimpinan bahagian dan cawa­ngan untuk mendengar masalah, rungutan serta luahan rasa terkilan yang disuarakan akar umbi terhadap pucuk pimpinan dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemilihan UMNO yang sepatutnya dilangsungkan tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan bagi memastikan fokus kerajaan untuk menangani masalah rakyat dalam keadaan negara berdepan pelbagai cabaran, tidak diganggu pemilihan parti.

Baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan penangguhan itu dibuat MT UMNO mengikut fasal 10.16 perlembagaan parti selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk soal kepentingan bagi memperkukuhkan perpaduan parti terlebih dahulu.

Mustapha menambah, keputusan MT UMNO itu bukan sesuatu yang luar biasa atau dilakukan buat kali pertama dalam sejarah parti.

“Jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut maka ia bermakna seolah-olah mereka tidak memahami peruntukan dalam Perlembagaan UMNO yang membenarkan MT parti berbuat demikian,” jelasnya.

Beliau turut meminta mana-mana pihak agar tidak membuat tafsiran salah terhadap keputusan berkenaan termasuk menuduh kononnya langkah itu adalah untuk melanjutkan tempoh kepe­mimpinan Najib sebagai Presiden UMNO.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin dalam kenyataan di sini hari ini berkata, keutamaan seharusnya diberikan kepada usaha menyelesaikan masalah dalaman, me­ngurus persepsi dan memperkukuhkan jentera UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau berpandangan, keputusan MT UMNO itu berupaya mengelakkan berlaku polemik yang mungkin timbul sekiranya pemilihan parti diteruskan tahun hadapan.

“Kami melihat sekiranya pemilihan parti dijalankan pada tahun depan, pucuk pimpinan UMNO dikhuatiri akan hilang fokus dan gejala perpecahan yang mungkin berlaku tidak dapat ditangani,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/tangguh-pemilihan-8232-perkukuh-solidariti-umno-1.109289#sthash.DoYXkXMS.dpuf

No comments: