Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 7 July 2015

Kesejahteraan rakyat terus diutamakan

07 Julai 2015 1:51 AM


MUHYIDDIN YASSIN

MUAR 6 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan tetap mengutamakan kesejahteraan rakyat walaupun dalam keadaan negara kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ekonomi dunia yang tidak menentu.

Timbalan Perdana Menteri mengakui memang terdapat isu dan permasalahan yang dihadapi tetapi kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab menjaga dan kebajikan rakyat seperti dilaksanakan sebelum ini.

“Bukan mudah buat pemimpin untuk mentadbir negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan bahasa yang berbeza, namun perkara itu telah terbukti kerajaan yang ada mampu melakukan segalanya untuk rakyat.

“Banyak kejayaan yang sudah kita kecapi dan menjadi dasar kerajaan yang ada untuk membantu semua kaum dan golongan,” katanya ketika berucap sebelum Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat di Surau Saadiah di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebanyak RM250,000, Uda Holdings Berhad (RM150,000) dan Bank Rakyat (RM100,000).

Yang turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed; ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh; Pengurus Besar Uda Holdings, Datuk Ahmad Abu Bakar; Pengerusi Nafas, Datuk Seri Saipolbahri Suib dan Ketua Wilayah Selatan Bank Rakyat, Azman Abd. Aziz.

Muhyiddin berkata, Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias perkembangan ekonomi dunia yang lembab, namun pelbagai usaha dilakukan semata-mata untuk meringankan beban rakyat.

“Walaupun keadaan tidak menentu, rakyat kita tetap bertuah kerana keadaan yang masih aman dan banyak bantuan telah kita berikan demi untuk meringankan beban rakyat. Contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pada masa yang sama bantuan seperti itu tidak diberikan kepada rakyat di negara lain,” katanya.

Tegasnya, kerajaan akan memastikan kepentingan rakyat terbesar diberikan keutamaan berbanding golongan yang berkepentingan.

“Kerajaan akan memastikan tidak ada golongan tertentu yang tercicir,’’ katanya.

Beliau berkata, keadaan ketika ini sudah berubah apabila kakitangan kerajaan sendiri ada yang merungut kepadanya berkaitan kesusahan hidup ketika ini.

“Saya ada menerima pelbagai aduan. Sebagai orang nombor dua negara (Timbalan Perdana Menteri) ramai bertanyakan hala tuju negara, ekonomi, permuafakatan, saya ambil serius semua keluhan dan kebimbangan ini.

“Ada juga kakitangan kerajaan yang mengadu hidup kini dalam kesempitan berikutan kenaikan harga barang, percayalah saya faham masalah dihadapi penduduk dan keadaan sekarang jauh berubah,” katanya.

Justeru, sempena Ramadan yang dibuka pintu rahmat, pengampunan, taufik dan hidayah, beliau meminta rakyat supaya bersolat hajat dan berdoa supaya negara agar terus kekal aman tanpa pergolakan yang boleh membawa musibah.

“Apa yang berlaku, saya lihat adalah sebagai cabaran pemimpin untuk mengatasi perkara itu dan yang lebih penting bagaimana untuk menjadikan kerajaan yang ada terus kuat,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kesejahteraan-rakyat-terus-diutamakan-1.111464#sthash.6dHZ9DIC.dpuf

No comments: