Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 7 July 2015

PDRM belum ambil-alih siasatan Justo

07 Julai 2015 1:51 AM


KUALA LUMPUR 6 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu hasil siasatan pihak polis Thailand berhubung penahanan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd., (PetroSaudi), Xavier Andre Justo, 49, sebelum menemubual suspek tentang isu pemalsuan dokumen 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Thailand masih lagi dalam proses mela­kukan siasatan terhadap Justo dan PDRM akan menunggu sehingga selesai sebelum mengambil alih siasatan ke atas warga Switzerland itu.

Menurutnya, PDRM juga tidak akan mengganggu sebarang siasatan yang sedang dijalankan oleh polis Thailand.

“Kita masih belum mempunyai perkembangan baharu berkaitan Justo, tunggu pihak Thailand selesai dengan tugasan mereka dahulu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Topi Keledar bersama Celcom Axiata Berhad (Celcom) di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini hari ini.

Ditanya tentang pertemuan beliau dengan Ketua Polis Thailand pada minggu lalu di Bukit Aman, Khalid bagaimanapun, enggan mengulas lanjut.

Justo yang ditahan sepasukan anggota Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) negara itu berikutan pemalsuan dokumen rasmi yang dilakukan selain tuduhan cuba memeras ugut bekas majikannya di PetroSaudi, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi.

Polis Diraja Thailand (CSD) pada 24 Jun lalu turut mendedahkan siasatan kini hampir lengkap dan proses pendakwaan dijangka dikendalikan pada bila-bila masa.

Sepanjang tempoh tahanan, Justo turut membuat pengakuan bahawa dia ada menghantar lebih 10 e-mel yang dipercayai me­ngandungi maklumat sulit termasuk yang dipalsukan, namun enggan mendedahkan nama pene­rima sebaliknya ber­tegas hanya mahu memberikan keterangan di mahkamah.

Bagi kesalahan tersebut, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga 10,000 Baht (RM1,100) jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 337 hingga 340 Kanun Keseksaan Thailand.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pdrm-belum-ambil-alih-siasatan-justo-1.111454#sthash.PXh4Jrur.dpuf


No comments: