Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 8 July 2015

1MDB : Enam akaun bank dibekukan

Dipercayai terlibat kes dakwaan dana disalur ke akaun PM

SAIFULIZAM MOHAMAD | 08 Julai 2015 2:20 AM







PUTRAJAYA 7 Julai - Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan penyaluran dana ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan perintah pembekuan terhadap enam akaun bank pihak-pihak dipercayai terlibat dalam kes tersebut semalam.

Menurut kenyataan bersama pasukan berkenaan, mereka juga telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada dua buah bank bagi membantu siasatan.

“Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

“Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan,” menurut kenyataan bersama tersebut di sini hari ini.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan itu melibatkan empat pihak iaitu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Kenyataan itu bertujuan memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pasukan itu sehingga kini.

Sabtu lalu, Abdul Gani berkata, sebuah pasukan petugas khas dianggotai SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia telah pun memulakan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata Abdul Gani, pasukan petugas khas itu juga telah menyerbu dan mengambil beberapa dokumen penting milik syarikat SRC International Sdn. Bhd., Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd., pada 3 Julai lalu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/enam-akaun-bank-dibekukan-1.111779#sthash.bfNCr5M4.dpuf

No comments: