Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 28 July 2015

1MDB: Tunggu hasil siasatan

28 Julai 2015 1:23 AM


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kumpulan CIMB di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/IRWAN MAJID


KUALA LUMPUR 27 Julai - Pejabat Perdana Menteri hari ini meminta semua pihak lebih-­lebih lagi anggota pentadbiran, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya menunggu hasil siasatan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, semua pihak sewajarnya mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepemimpinan negara serta kerajaan dan UMNO.

“Insya-Allah, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.

“Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Muhyiddin, ketika berucap menutup mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras, menggesa kerajaan segera memberi penjelasan muktamad berhubung kontroversi membabitkan 1MDB bagi menamatkan kekeliruan rakyat dan memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada UMNO.

Menurut kenyataan itu, kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1MDB.

‘’Ini termasuklah arahan Kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa ­Kira-Kira Wang Negara. Selain itu satu dokumen 'Fact Sheet' mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua menteri Kabinet sebelum ini,’’ katanya.

Pejabat Perdana Menteri juga menegaskan, siasatan sedang dijalankan dan ruang perlu diberi kepada Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan itu untuk menjalankan tugasnya.

Katanya, tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pelbagai tuduhan ‘tidak berasas’ terma­suk kehilangan RM42 bilion milik 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan ‘turut men­yumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti.’

“Kerajaan berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB,” kata Pejabat Perdana Menteri.

“Ini bagi menentukan kesahihan tentang pelbagai dakwaan yang wujud. Pada masa yang sama kita elakkan membuat kenyataan yang boleh menganggu-gugat kestabilan kerajaan dan perpaduan parti dan negara.” – BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/1mdb-tunggu-hasil-siasatan-1.117856#sthash.h4e4oFEx.dpuf

No comments: