06 Julai 2015 1:24 AM
KUALA LUMPUR 5 Julai – Aktivis politik, Mohamad Ezam Mohd. Nor kesal dengan sikap dan pendirian segelintir pemimpin kerajaan yang bertindak mengeluarkan kenyataan cenderung mengiktiraf pemberitaan palsu media asing berhubung dakwaan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohamad Ezam Mohd. Nor
Beliau berkata, kenyataan yang menjurus kepada mengutip pemberitaan media asing secara tidak langsung, boleh menggugat kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun penafian berkenaan dakwaan itu telah dibuat oleh beliau kelmarin.
“Seperti yang saya sebutkan beberapa hari lalu sudah terlalu banyak dan jelas rekod media asing yang membuat pemberitaan atas niat jahat, perancangan halus dan tersusun walaupun palsu untuk menjatuh dan melemahkan sebuah kerajaan yang dilihat kukuh dan tidak tunduk kepada setiap permintaan kuasa asing.
“Yang menghairankan, mengapa beberapa kerat pemimpin kerajaan sendiri mengikut rentak media asing ini dan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengiktiraf pemberitaan media asing ini walaupun selepas Perdana Menteri membuat penafian.
“Malah, belum ada bukti kukuh yang ditampilkan media asing berhubung laporan berita yang disiarkan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Ezam turut mempersoalkan, sikap dan pendirian seumpama itu hanya menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab, menangguk di air yang keruh atau sama ada mereka memang sudah menjadi sebahagian daripada agenda jahat tangan asing.
“Janganlah kerana kehendak cita-cita peribadi menjadikan kita sebaris dengan beberapa aktor politik di dalam lipatan sejarah yang sanggup menjadi tali barut asing dan akhirnya menjahanamkan tanah air sendiri.
“Saya mempunyai alasan untuk mempercayai hakikat seperti ini boleh terjadi kerana saya sendiri pada suatu ketika dahulu pernah cuba diperalatkan oleh media dan pihak asing ini dengan taktik dan muslihat yang sama,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau turut menyeru setiap pemimpin dan rakyat untuk bersatu bersama pemimpin negara demi keutuhan tanah air serta menolak persoalan dan isu mengenai individu tertentu.
“Kita harus sedar agenda tangan-tangan asing ini bukan matlamat menyasarkan Perdana Menteri tetapi negara kita yang merdeka dan berdaulat ini akan menjadi tidak bermaya lagi,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/usah-jadi-tali-barut-media-asing-1.111026#sthash.OVVck14G.dpuf
KOMEN : “Janganlah kerana kehendak cita-cita peribadi menjadikan kita sebaris dengan beberapa aktor politik di dalam lipatan sejarah yang sanggup menjadi tali barut asing dan akhirnya menjahanamkan tanah air sendiri. (MANA PERGI KOTAK2 YG DIKATAKAN TU... DAH KENA MAKAN ANAI2 KE ATAU DAH DIHANYUTKAN BANJIR... SENDIRI PUN MUDAH LUPA CAKAP TAK SERUPA BIKIN...?
No comments:
Post a Comment