JOI tampilkan keluaran terbaharu
06 Julai 2015 1:00 PM
Ko Yun Hung (kiri) bersama Pengurus Intel Malaysia dan Singapura, Sumner Lemon menunjukkan Lite JOI Phone 5 dan JOI 7 pada majlis pelancarannya di Ibu negara baru-baru ini.
SNS Network secara rasminya telah melancarkan dua gajet terbaharu di bawah jenama JOI keluaran mereka iaitu JOI 7 Lite dan JOI Phone 5 baru-baru ini.
JOI merupakan salah satu jenama produk tempatan yang sebelum ini telah menawar dan memasarkan beberapa tablet serta produk berasaskan Android dan Windows.
Kini jenama ini telah memperluaskan lagi pasaran mereka dengan adanya telefon pintar baharu yang tidak kurang hebatnya.
JOI 7 Lite merupakan tablet, manakala JOI Phone 5 ialah telefon pintar yang menggunakan siri prosesor Intel Atom x3.
Pengarah Urusan SNS Network sdn. Bhd., Ko Yun Hung berkata, gajet terbaharu ini menawarkan segala kelebihan dan kebaikan teknologi yang dihasilkan Intel.
“Persembahan yang baik, jangka hayat bateri yang menakjubkan dan juga reka bentuk yang cantik adalah ciri-ciri yang diterapkan Intel dalam kedua peranti ini,” katanya.
Telefon pintar Joi Phone 5 memaparkan skrin bersaiz lima inci dengan resolusi 1024 x 600 piksel, memori 1GB bersama-sama ruangan storan 8GB.
Joi Phone 5 juga dilengkapi kamera belakang lapan megapiksel serta kamera hadapan dua megapiksel serta bateri berkapasiti 2100mAh.
Tablet JOI 7 Lite pula memaparkan skrin tujuh inci, memori 1GB, ruangan storan 8GB dengan kamera belakang dua megapiksel dan kamera hadapan VGA.
Kedua-dua peranti ini boleh didapati daripada pengedar rasmi SNS Network, gedung beli-belah AEON, selain turut ditawarkan secara dalam talian di Lazada, Gloo dan Lelong.
SPESIFIKASI
JOI Phone 5
Prosesor: Intel Atom x3-C3130 (SoFIA 3G)
Memori: 1GB
Storan: 8 GB
Resolusi: 5” IPS 1280 x 720
Kamera: 8MP + 2MP
Harga: RM399
JOI 7 Lite
Prosesor: Intel Atom x3-C 3130 (SoFIA 3G0
Memori: 1 GB
Storan: 8 GB
Resolusi: 7” IPS 1024 x 600
Kamera: 2 MP + VGA
Harga: RM299
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/peranti-harga-rendah-1.111114#sthash.hR4oqa10.dpuf
No comments:
Post a Comment