Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 21 July 2009

Tak wajar dipolitikkan - NGO




Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 20 Julai - Pelbagai pihak hari ini bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin politik yang terus-terusan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh membangkitkan sentimen kemarahan rakyat kepada pihak berkuasa.

Sehubungan itu, mereka meminta para pemimpin politik supaya bertenang dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengelak sebarang ketegangan yang akhirnya boleh memburukkan ketenteraman awam.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang menegaskan, ketika ini semua pihak mesti membuang prasangka atau prejudis kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan terbaik dapat dilakukan.

Katanya, semua pihak sepatutnya bekerjasama dengan pihak berkuasa memastikan kelancaran siasatan bagi mengetahui punca kematian Teoh Beng Hock.

"Saya sarankan pembangkang jangan eksploitasi kes kematian ini, ini boleh mencetuskan keadaan tidak baik kepada ketenteraman awam selain mereka sendiri juga berdepan tindakan Akta Hasutan dan sebagainya kerana menghasut.

"Sebagai bekas wakil rakyat, saya minta ahli politik jangan sesekali bertindak di luar undang-undang termasuk buang sikap prejudis dan prasangka," katanya yang juga peguam di sini hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Radzi Mustafa membidas sikap sesetengah ahli politik yang menangguk di air keruh di dalam isu ini.

Katanya, sepatutnya mereka harus tahu bahawa bukan semua isu patut dipolitikkan seperti kes kematian Beng Hock yang harus diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

"Memang kita faham ramai yang marah tetapi tunggulah proses siasatan. Kita mahu semua pihak bertenang agar suasana begini tidak mewujudkan senario yang tidak baik kepada politik dan negara," jelasnya.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin juga berharap pihak yang berkenaan berhenti mempolitikkan isu ini.

"Kita harus lihat dari kerangka yang luas. Tiada siapa mahu insiden seperti ini berlaku lebih-lebih lagi pihak berkuasa. Mereka cukup takut kalau ada yang mati ketika dalam tangan mereka.

"Sebab itu biar polis jalankan siasatan sewajarnya sebelum kita nak hukum apa-apa," ujarnya.
Komen : Pada saya bukan rahsia lagi kalau pihak parti politik pembangkang yang ada di Malaysia mempolitikan segala apa yang terjadi di Malaysia. Asal terkena batang hidung mereka semuanya salah kerajaan. Kes liwat Anwar pun dipolitikan, apa lagi kes kematian yang terjadi kepada Teoh ni. Puncanya Teoh mati ketika berada dikawasan/bangunan SPRM. Tapi siapa pembunuhnya atau sendiri bunuh diri sebab terasa hidup dah tak selamat? Adakah Pembangkang akan terus berpolitik sekiranya mayat mendiang Teoh dijumpai di depan pintu pejabat DAP? 101% hal ini akan tetap dipolitikan sebab mereka mempunyai ramai master spin, yang pakar dalam menyalahkan kerajaan. Yang pasti ada yang dah terasa bahang siasatan pihak polis dalam kes ini.

No comments: