Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 7 July 2009

Selesaikan sendiri – PM



Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 6 Julai – Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu menyelesaikan sendiri masalah pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala tanpa perlu campur tangan orang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hal ehwal tanah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat tidak boleh mencampuri urusan itu.

“Mereka perlu menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa campur tangan orang lain dan sekarang isu tersebut dilihat sukar untuk diselesaikan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Menara Kumpulan Naza setinggi 50 tingkat di sini hari ini.

Najib diminta mengulas permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berhasrat menulis surat kepadanya bagi meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala.

Ini berikutan kerajaan Pulau Pinang mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

Isu pengambilalihan tanah itu timbul selepas pemaju projek, NusMetro Venture (P) Sdn. Bhd. (NusMetro) menghadapi kerugian hampir RM6 juta sejak setahun lalu apabila terpaksa membayar balik jumlah penuh kepada pembeli yang membatalkan pembelian mereka ekoran masalah tersebut.

Komen : Syabas kepada PM kita yang semakin matang dalam membuat keputusan. Tepat sekali kata PM selesaikan sendiri Kerajaan pusat tidak akan masuk campur urusan kerajaan negeri...Kenapa perlu kerajaan pusat melayan karenah 23 keluarga ni yang terletak dibawah bidang kuasa kerajaan negeri sedangkan majoriti rakyat lebih perlu diutamakan. Masalah yang timbul adalah kerana kedegilan mangsa tu sendiri...Itulah masa berjanji utk PRU bukan main lagi roket dan bulan akan ku beri rupanya yang dapat mata lebam...Apa macam LGH lu cakap tak serupa bikin...jangan nak mimpi nak naik ke bulan dengan lu punya roketlah...Hal kecil pun tak boleh selesai...Pada pejuang2 kaum India jangan nak salahkan kerajaan pusat pulak...salahkan kerajaan DAP pilihan anda yang memerintah ikut suka mak bapak dia orang aje...DAP/PKR/PAS sama aje cakap kat orang mereka yang terbaik orang lain semua salah...dah kalau dasar membangkang apa saja menjadi anutan mereka... kena kat batang hidung sendiri tahu pulak nak minta tolong orang yang mereka caci dan maki...Pandai pulak nak lepas tangan...ambil kau selesaikan sendiri......

No comments: