Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 30 July 2009

Apabila Ada Pejuang Islam Berdemonstrasi Petanda Dunia Hampir Kiamat



DARI BLOG: HEMBUSAN AMAL4U


Saya ingin jemput sahabat sahabat berkongsi ilmu mengenai sebuah Hadith yang menceritakan tentang tunjuk perasaan atau demonstrasi. Kepada sahabat sahabat yang ustaz atau 'alim ulama minta di perbetulkan jika ada kesilapan.

Ada isyarat Hadith menerangkan bahawa salah satu tanda dunia hampir kiamat ialah apabila adanya pejuang Islam yang menyuarakan perjuangan mereka dengan cara tunjuk perasaan atau demonstrasi.

HADITH yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud :

“Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat. 1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai). 2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) . 3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).

Hadis ini menceritakan bahawa pada akhir zaman nanti timbul di kalangan umat Islam yang berjuang, mereka menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pihak tertentu melalui tunjuk perasaan atau demonstrasi. Apa yang di sebut oleh Nabi sedang berlaku sekarang di seluruh dunia termasok di negara kita.

ALLAAMAH MUFTI BRUNEI ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:

“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad.Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”

SABDA NABI S.A.W. lagi yang maksud nya “Sesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan menjerit jerit di jalanan.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)

Kita lihat bahawa semangat kebangkitan Islam telah begitu ketara di seluruh dunia.Ini satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam itu diapa-apakan.

Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami akan maksud ayat: Maksudnya: “Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu kepada engkau(ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup mereka.”(surah Al-Baqarah: 120)

Tetapi malangnya semangat kebangkitan juga telah mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada dan tidak diajar di dalam Islam.Semangat ini telah mendorong umat Islam berdemonstrasi dan menunjuk perasaan. Silap saja langkah dan cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.Di Malaysia contoh nya mereka yang mengaku pejuang Islam melakukan demonstrasi jalanan, merusuh,membakar lilin cara yahudi, mogok lapar ikut yahudi (tetapi berselindung mengatakan mogok puasa), memakai baju hitam atau kuning.Dan bermacam macam bentuk tunjuk perasaan.

Apa yang para ‘demonstrasi’ ini telah lupa ialah, demonstrasi dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi adalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam bentuk yang sebegitu. Kalau ada apakah garis panduan nya mengikut Islam? Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini.

Apa yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dan takut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbeza dengan demonstrasi atau menunjuk perasaan.
Komen : Kepada orang Melayu/Islam yang terlibat "Tepuk Dada Tanya Iman"

No comments: