Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 27 July 2009

Bila Orang Politik Menjadi God Father



Perangi kongsi gelap
Kerajaan digesa lancar perang terhadap kongsi gelap
Oleh ANGELINA SINYANG, FAIZAH IZZANI ZAKARIA dan ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pelbagai pihak menggesa agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang.

Mereka mahu ia diperangi habis-habisan setelah banyak kes kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah ia dilindungi termasuk oleh 'orang politik' sehingga tidak takut mencabar undang-undang.

Mereka yakin pihak polis mampu melakukannya berdasarkan kejayaan membongkar dan menghapuskan 15 kumpulan gengster yang bergiat aktif di Sarawak termasuk dua yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah antarabangsa dikenali sebagai Kumpulan Wah Kee dan Ang Beng Hui pada 2007.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.

"Sampai bila kita mahu perkara ini berterusan dan akhirnya yang menerima kesan adalah anak-anak kita sendiri.

"Jadi kita menggesa kerajaan ambil langkah lebih tegas untuk membanteras jenayah ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas kebimbangan banyak pihak mengenai kumpulan kongsi gelap yang dilihat melindungi kegiatan jenayah seperti perjudian, ugutan, ah long, pengedaran dadah, maksiat dan pelacuran.

Ibrahim berkata, masyarakat juga perlu melancarkan perang secara besar-besaran dengan cara membantu pihak berkuasa memberi maklumat mengenai perbuatan yang menjurus kepada jenayah tersebut.

"Mereka yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap boleh dianggap sebagai pengancam keselamatan masyarakat dan negara. Kerajaan tidak boleh berdiam lagi," katanya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertindak secara besar-besaran untuk membanteras kegiatan jenayah itu.

"Wujudkan budaya antijenayah dalam masyarakat. Sebagai langkah permulaan, ahli masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis untuk memerangi jenayah.

"Jika ini dapat dibuat bermakna masyarakat sudah bersedia untuk bersama-sama membantu kerajaan melawan jenayah itu. Ini satu pendekatan yang berkesan untuk menghapuskannya," katanya.

Menurutnya, walaupun diakui jenayah itu agak sukar dibendung dan bukanlah satu isu baru tetapi usaha boleh dimulakan dari sekarang untuk menghapuskannya.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula bimbang jika kegiatan itu dibiar berterusan, ia akan menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat apatah lagi generasi muda.

Beliau menarik perhatian kepada kegiatan gangsterisme atau samseng yang mula menular dalam kalangan pelajar sekolah.

"Kegiatan mereka ini (di sekolah) masih dalam keadaan terkawal. Namun kita bimbang fenomena ini akan berubah jika penglibatan generasi muda dalam kumpulan ini tidak dibendung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad turut menggesa agar tindakan segera diambil kerana kegiatan kongsi gelap boleh memberi kesan amat buruk terhadap masyarakat terutama golongan muda.

"Kerajaan perlu agresif dan proaktif untuk menghapuskan kegiatan ini kerana ia akan menghancurkan masyarakat secara perlahan-lahan.

"Sindiket kongsi gelap membawa bermacam-macam penyakit sosial kerana mereka melakukan banyak kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Tegas beliau, perlu ada tindakan bersepadu di antara kerajaan dan masyarakat kerana usaha memerangi kegiatan tersebut tidak akan berhasil sekiranya hanya satu pihak yang berusaha.
Komen : Saya percaya Polis kita mampu untuk menjalankan tugas mereka dengan jayanya dengan syarat Kerajaan kita menghapuskan dahulu angota2 Polis yang tidak berintegriti atau yang akan bertindak sebagai duri dalam daging yang akan menggagalkan segala usaha untuk membenteras jenayah. Selain itu kita harap kerajaan dan pihak Polis jangan tunduk pada desakan Parti2 politik yang akan menggunakan berbagai helah untuk menjadi hero dan God Father kepada kumpulan kongsi gelap ini. Bak kata perpatah siapa yang makan cili terasa pedasnya.

No comments: