Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 14 July 2009

Guna wang zakat tampung kos pentadbiran






SHAH ALAM 13 Julai - Kerajaan negeri merancang menggunakan dana Baitulmal hasil pungutan wang zakat bagi menampung kos pentadbiran dan pembangunan di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, perancangan itu dibuat kerana kerajaan negeri ketika ini tidak menerima sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat sebanyak RM300 hingga RM500 juta setahun.

Melalui penggunaan dana Baitulmal itu, katanya, ia akan membolehkan kerajaan negeri membiayai kos-kos berkaitan termasuk membina infrastruktur seperti jambatan baru yang menghubungkan Sungai Kelang untuk manfaat rakyat.

Bagaimanapun, jelas beliau, perancangan itu akan dikemukakan kepada Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.

''Pada masa ini kerajaan negeri mengutip wang zakat pendapatan daripada pembayar cukai yang beragama Islam dan wang itu disalurkan ke Baitulmal. Wang ini mungkin boleh kita gunakan untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan.

''Ini kerana, peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Selangor ketika ini disalurkan menerusi Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS).

''Sebelum ini, peruntukan tersebut disalurkan kepada Unit Perancang Ekonomi Selangor sebelum diagihkan ke pejabat-pejabat daerah," katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.

Tambahnya, sebagai Menteri Besar beliau mahu peruntukan Kerajaan Pusat disalurkan terus dan diuruskan oleh kerajaan negeri.

Katanya, rancangan tersebut bukan perkara baru dilaksanakan kerana pada zaman pemerintahan Islam di Granada, Sepanyol turut melaksanakan sistem yang sama.

''Rancangan ini sama seperti sistem pembayaran zakat yang diamalkan ketika ini iaitu mereka yang mengeluarkan zakat boleh dikecualikan daripada cukai pendapatan," jelasnya.

Malah, beliau turut menyatakan orang bukan Islam boleh memberikan sumbangan kepada Baitumal yang kesemuanya boleh digunakan untuk pembangunan negeri.
Komen : Apa dah jadi dengan sebuah negeri yang terkaya dan termaju di Malaysia. Bukankah Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang telus,amanah,tak rasuah mereka yang kata dan terdiri dari pemimpin2 dan bijak pandai pun mereka yang kata. Baru memerintah dah tak tahu nak cari sumber kewangan untuk mentadbir negeri. Mana dia pelaburan berbillion ringgit yang diwar-warkan ketika kempen pilihanraya. Atau rakyat Selangor dah tersilap dengar yang berbillion ringgit tu hanya untuk pemimpin pakatan rakyat yang menang bukan pelaburan untuk rakyat...Apa hal nak guna wang zakat pulak..lepas ni keluarlah bebagai-bagai fatwa untuk menghalalkan penggunaan wang zakat tu...Jangan esok nak buat kuil pun pakai wang zakat...Bangunlah orang Melayu/Islam Selangor...

No comments: