Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 7 July 2009

Peribadi Mustapa mula jadi sasaran Pas






KUALA KRAI 6 Julai - Pas kini mula menyerang peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed bagi memburukkan imej beliau yang berusaha gigih membantu membangunkan negeri dan rakyat Kelantan.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, Mustapa dituduh kononnya bertanggungjawab menyekat bantuan kewangan Kerajaan Pusat ke negeri ini.

Katanya, Pas cuba menidakkan bakti Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai pemimpin utama yang bertungkus-lumus merancang pembangunan dan penyaluran bantuan kepada negeri tersebut.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, selama ini Mustapa tidak menjadi sasaran kecaman Pas kerana mereka menyedari rekod kepimpinannya.

"Mungkin lebih banyak tuduhan akan dilemparkan supaya peranan beliau tidak menjadi salah satu faktor yang memberikan kelebihan kepada BN," ujar beliau.

Tegasnya, Kerajaan Pusat tidak pernah menganaktirikan negeri ini walaupun sejak 19 tahun lalu tidak diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

"Walaupun BN tidak memerintah Kelantan tetapi kita konsisten salurkan bantuan kewangan untuk pembangunan dan Pas pula jadikan modal sebagai tanda keupayaan mereka memerintah.

"Ia membuktikan BN sebuah kerajaan yang amat bertanggungjawab dan mengetepikan kepentingan politik demi rakyat," ujarnya.
Komen : Itulah modal politik PAS dari dulu, kini dan selamanya...Orang lain mana ada yang baik sebaik Tok guru dia yang suka mencarut, berkawan dangan syaitan, menolak perpaduan, membuat fatwa sesuka hati dia ...Tak faham kenapa sebuah parti yang mengaku Islam suka membuat fitnah dan mencaci orang....nampak alim tapi yang sebenarnya hati busuk dan mati...Kelantan tu dah lama maju kalau tak diperintah oleh PAS...

No comments: