Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 30 July 2009

Penuduh Mahathir rasis ada agenda






KUALA LUMPUR 29 Julai - Pihak yang menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai rasis mempunyai agenda tersembunyi untuk terus melihat bangsa Melayu ketinggalan dan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid berkata, golongan tersebut tidak menghiraukan perbezaan dan ketidakadilan yang wujud sebaliknya mahu kekurangan itu berterusan.

"Semua tokoh yang memperjuangkan bangsanya yang tertekan, terkebelakang atau ketinggalan akan dianggap rasis oleh mereka yang mahukan keadaan itu berterusan atau yang tidak peduli terhadap perbezaan dan ketidakadilan yang wujud.

"Bagi tokoh politik yang puas hati kerana bangsanya dominan maka tokoh yang ingin mengimbangkan suasana pasti dikecam olehnya. Yang dipentingkan oleh seseorang negarawan ialah keamanan dalam negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu mempersoalkan banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr. Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu dan menuduh beliau sebagai rasis.

Reaksi daripada tuduhan itu, Dr. Mahathir semalam berpendapat mereka yang menuduh beliau rasis semata-mata kerana mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menyuarakan hakikat kedudukan semasa kaum tersebut, juga merupakan orang yang rasis.

Tambah Sanusi yang juga bekas Naib Presiden UMNO, seorang negarawan yang bijaksana pasti memperjuangkan golongan tertekan dan ketinggalan kerana keadaan yang tidak seimbang dalam masyarakat boleh membawa kepada keadaan huru-hara dalam negara.

Beliau juga menyuarakan kekecewaannya terhadap golongan bijak pandai dalam kalangan bangsa Melayu dan bangsa lain yang tidak mempedulikan nasib dan hakikat sebenar yang dihadapi orang Melayu di negara ini.

"Banyak cerdik pandai yang tidak peduli nasib orang Melayu termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri, mereka ini buta sejarah dan jahil politik," katanya.
Komen : Yang menuduh tu bukan hanya rasis, bahkan lebih dari itu cuba menghasut dan memainkan sentimen perkauman bangsa mereka untuk menentang apa saja yang akan memberi kebaikan kepada orang Melayu/Islam. Mereka jugalah yang membuat laporan polis berkenaan cadangan Satu Sekolah Untuk Semua. Bagi cerdik pandai yang tidak peduli nasib orang Melayu bagi saya tidak keterlaluan kalau dikatakan mereka merasakan diri mereka sebagai golongan elitis/atasan. Mereka inilah golongan yang rakus dalam mengejar cita2 mereka tanpa memperdulikan sama ada secara sengaja atau tidak telah menindas bangsa mereka sendiri.

No comments: