Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 9 July 2009

PAGE terkejut dengan keputusan PPSMI



KUALA LUMPUR 8 Julai - Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE) merasa hampa dan terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Kabinet berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Presidennya, Datin Noor Azimah Abdul Karim berkata, keputusan itu bertentangan dengan kajian yang dibuatnya terhadap ibu bapa yang merujuk bahawa 95 peratus daripada mereka menyokong agar pelaksanaan PPSMI diteruskan.

Justeru beliau menegaskan agar kerajaan memberi pilihan kepada pihak sekolah dan ibu bapa sama ada untuk mengekalkan pelaksanaan tersebut di sekolah masing-masing.

''Kami akan merayu agar kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran memberi pelepasan kepada pihak sekolah yang mahu meneruskan pelaksanaan dasar tersebut kerana kami tahu banyak sekolah dan ibu bapa yang bersetuju agar PPSMI diteruskan," tegas beliau.

Katanya, secara logistik di pihak sekolah yang terlibat telah menunjukkan kelancaran pelaksanaan PPSMI itu.

Beliau berkata, PAGE telah dijemput oleh Kementerian Pelajaran untuk memberi pandangan semasa mesyuarat meja bulat sebanyak dua kali pada tahun lalu.

''Kali terakhir kami membentangkan dapatan kajian kami kepada ahli-ahli politik iaitu pada pertengahan bulan Oktober tahun lalu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Seminar Kesedaran Keselamatan Internet di sini hari ini.

PAGE telah mengedarkan borang kaji selidik berjumlah 3,000 kepada pihak sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di seluruh negara dan sejumlah 2,000 borang yang diisi menunjukkan 95 peratus menyokong pelaksanaan PPSMI untuk diteruskan.

Noor Azimah berkata, PAGE juga terkejut kerana semasa mesyuarat meja bulat itu tiada perbincangan mengenai pemansuhan PPSMI untuk sekolah-sekolah menengah.

Malah kata beliau, pihaknya turut mengusulkan jika berlaku pemansuhan, ia harus berlaku pada tahun 2016.

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAGE, Mahiyuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa sepatutnya keputusan mengenai masa depan pendidikan para pelajar terletak di tangan ibu bapa.

''Adakah jaminan daripada anak-anak kami pada masa hadapan mampu bersaing dan mendapat pekerjaan yang lebih terjamin di syarikat-syarikat swasta?" katanya.

PAGE turut menegaskan terdapat beberapa kekeliruan dalam kenyataan berhubung kejatuhan peratusan dalam keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2005 dan 2007 dan tidak boleh dikaitkan dengan pelaksanaan PPSMI.

Dalam pada itu Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, pihaknya akur dengan keputusan kabinet itu tetapi akan merayu agar PPSMI dikekalkan untuk sekolah menengah.

''Kami ada tempoh lagi dua tahun untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan agar cadangan kami itu diteliti dan diterima,'' katanya.

Pada dasarnya beliau berkata, NUTP telah mencadangkan kepada kerajaan agar pelaksanaan PPSMI di peringkat sekolah rendah dimansuhkan manakala di peringkat sekolah menengah diteruskan.

''Bagaimanapun kami gembira kerajaan tidak membuat perubahan serta merta kerana sebarang perubahan memerlukan masa untuk penyesuaian,'' katanya.

Beliau juga berharap agar mata pelajaran bahasa Inggeris dimantapkan dengan memastikan guru-gurunya berkualiti dan cemerlang sama ada dalam pengajaran mahupun pertuturan.

Menurut Yim Pheng, NUTP juga akan mengadakan perbincangan dengan ahli-ahlinya berhubung keputusan kabinet itu.
Komen : Bagai terjaga dari mimpi yang ngeri...Nak kata apa kalau yang punya kuasa tak nak mendengar suara orang-orang yang memberi kuasa...Nampaknya rakyat tak ada pilihan melainkan mengikut saja keputusan kerajaan..Setuju akan cadangan agar kerajaan memberi pilihan kepada ibubapa yang ingin menghantar anak2 mereka ke sekolah kebangsaan yang mempunyai aliran Bahasa Inggeris...Rasa saya ramai nanti yang akan menghantar anak2 mereka kesekolah tersebut termasuklah yang menyokong pemansuhan PPSMI...Dah faham sangat dah kalau bahasa pun nak dipolitikan...Kenapa tak di ketengahkan konsep satu sekolah untuk semua...baru buat cadangan dah dipolitikan.....Kasihan anak2 saya.....

1 comment:

Onna said...

Pelik lah, kalau menurut kajian 95% ibu bapa setuju, sekolah pun kata ok, tang mana yang susah ni? kalau sekolah kata ok, maknanya cikgu2 yang mengajar tentu ok kan? macamana plak boleh timbul berita, para cendekiawan menghadapi masalah dari PPSMI ni? cendikiawan yang mana? tak paham, tak paham. inilah masalah bila benda yang tak patut dipolitikkan, dipolitikkan untuk kepentigan parti, bukan kepentingan ahli parti yang mengundi...ish ish ish... sian anak kita kan Yang, kan kan kan