
9hb November 2008
Hari ini diadakan aktiviti bebas sebelum masing2 berangkat pulang ke Tokyo secara berkumpulan atau bersendirian. Saya dan keluarga bercadang meneruskan perjalanan ke Owakudani dan Gotemba sebelum bertolak pulang ke Tokyo pada sebelah petangnya. Semua peserta di kehendaki check out pada pukul 9.00am. Saya sempat mengabadikan beberapa keping photo untuk dikongsi bersama pembaca blog yang sudi berkunjung ke blog saya.
Saya dan family sempat posing sebelum check out dari Chalet yang disewa
Inilah Tiga Dara Pingitan buah hati saya dan isteri
Isteri saya bergambar dengan kawan baik Pn. Normah dan Pn. Tun serta anak2
Saya dan isteri berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang indah
Isteri saya dan Pn Normah
Pemandangan dikawasan perkhemahan di Hakone
Pemandangan yang diabadikan sebagai kenangan bila kami pulang ke tanah air nantiMaaf kerana artikel ini terpaksa di backdatedkan kerana semasa aktiviti ini selesai dijalankan, saya rasa malas sangat nak postingkan dalam blog ini. Tapi insyaallah saya akan posting lagi artikel edisi backdated Kembara Tokyo untuk kenangan anak2 saya dan berkongsi dengan rakan2 blogger.


No comments:
Post a Comment