Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 27 July 2009

"Mereka juga rasis" - Dr. Mahathir



27/07/2009 9:07am
Daripada RAMLI ABDUL KARIM



KAMPALA 27 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat mereka yang menuduh beliau sebagai rasis semata-mata kerana mempertahankan kepentingan orang Melayu dan menyuarakan mengenai hakikat kedudukan semasa kaum tersebut, juga merupakan orang yang rasis.

Bekas Perdana Menteri itu tidak terkejut dengan tuduhan tersebut yang dilemparkan ekoran tulisan beliau dalam blognya Che Det yang bertajuk 'Kaki Dalam Kasut' kerana dirinya pernah dicap sebagai 'Pelampau Melayu' oleh golongan yang sama sebelum beliau menjadi perdana menteri.

Menurutnya, apa yang membuatkan beliau sedih ialah apabila golongan tersebut, yang tidak mahu menerima hakikat bahawa orang Melayu masih ketinggalan dari segi ekonomi, kelihatan cuba membuatkan kaum lain tunduk kepada desakan atau tuntutan-tuntutan mereka.

"Kalau sesiapa hendak kata saya rasis, mereka ada hak. Tetapi saya berpendapat mereka juga rasis. Saya sudah lama dicap sebagai rasis, sebelum jadi perdana menteri saya dikenali sebagai Pelampau Melayu dan apabila saya menjadi perdana menteri, saya dapati kaum lain tidak bising dengan apa yang saya lakukan.

"Sebenarnya mereka tahu, semasa saya menjadi perdana menteri, mereka juga dapat hak mereka. Saya akan anggap saya tidak memenuhi janji kalau tidak memberi pandangan mengenai orang Melayu yang masih ketinggalan di belakang," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Ruangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam mempersoalkan banyak pihak bukan Melayu terutama parti-parti politik Cina yang kurang senang dengan tulisan Dr. Mahathir mengenai kepentingan orang Melayu itu dan menuduh beliau sebagai rasis.

Dr. Mahathir berada di sini untuk menyertai Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam. - Utusan.
Komen : Bila pemimpin Melayu/Islam lemah, pentingkan diri, lupakan asas perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara mulalah bangsa lain besar kepala, kerajaan boleh diugut untuk buat keputusan menyebelahi mereka.Orang2 Melayu/Islam teruslah berpecah...esok2 bangsa lain tendang kepala orang Melayu/Islam baru nak sedar. Masa tu apa pun tindakan dah terlambat. SUSAH SANGATKAH ORANG MELAYU/ISLAM IN NAK BERSATU ? Kalau kita mempertahankan Bangsa Melayu/Islam kita sendiri pun mereka gelar kita rasis, APAKAH TINDAKAN MEREKA MEMPERTAHANKAN SEKOLAH ALIRAN CINA DAN TAMIL TIDAK RASIS? Mengaku sebagai rakyat Malaysia tapi masih tidak memertabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan...Tak pula pejuang Bahasa menyalak seperti Anjing...Bahasa yang Indah tidak cukup untuk memajukan Negara di era globalisasi ini.

No comments: