Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 3 July 2009

Anwar tuduh media besarkan isu



KUALA LUMPUR 2 Julai – Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan berlaku keretakan hubungan di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang sambil menuduh media tertentu memperbesarkan isu tersebut.

Menurutnya, perkara yang sama berlaku apabila DAP Kedah bertindak keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar semalam.

“Saya berada lama dalam Barisan Nasional (BN), saya melihat perbezaan banyak perkara terus menerus berlaku dalam BN, namun ia tidak pula menjadi berita besar.

“Pakatan pembangkang miskin, kita tak ada media besar, itu bezanya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau percaya isu DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang dapat dibincang dan diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan tersebut.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ada memaklumkan kepada beliau mengenai keputusan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan babi yang menjadi punca DAP Kedah hilang keyakinan terhadap mereka.

“Azizan bagi tahu saya pihaknya akan mencari lokasi alternatif untuk menggantikan pusat penyembelihan tersebut. Saya fikir masalah ini boleh kita selesaikan bersama dengan baik,” ujarnya.
Komen : Ini seorang lagi pemimpin bangang yang tak habis2 nak menyalahkan orang lain terutama akhbar...Suka atau tidak akhbar akan menyampaikan maklumat kepada rakyat yang akan menilai...Kenapa perlu marah...zaman kau dalam UMNO/BN dulu bukankan akhbar berkerja untuk kau sampai nak jatuhkan TDM...orang kalau cakap pakai nafsu memang suka cakap bohong dan lupa apa yang dia dah buat...Tu cerita sensasi tu babi nak mati pun dia sibuk nak bela...bukan nak bantu kerajaan menangani masalah ekonomi dan membantu menyelesaikan masalah penyakit selsema BABI ni tak binatang tu juga yang nak di belanya....abis tu penyokong2 kau tu apa....?

No comments: