Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 27 July 2009

Guna kewarasan berfikir - PM



Oleh NOR SEDEK ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



SHAH ALAM 26 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan mahasiswa menggunakan kewarasan berfikir dalam menapis maklumat berhubung sesuatu isu yang timbul di negara ini.

Perdana Menteri berkata, golongan itu perlu berpegang teguh kepada prinsip kejujuran dan daya intelektual supaya mereka tidak terjerumus dalam budaya memfitnah.

Jelas beliau, kerajaan mahu melihat kepimpinan mahasiswa yang dinamik dan subur pemikirannya kerana ia merupakan input besar kepada kejayaan negara.

"Kita faham, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu. Namun tidak ada juga sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran atau kebijaksanaan.

"Adalah menyedihkan jika ada di kalangan mahasiswa yang berpotensi mengetuai gerakan pelajar tetapi tidak tahu hendak menterjemahkan kepimpinan mereka supaya memberi manfaat kepada diri sendiri mahupun masyarakat keseluruhannya," katanya.

Perdana Menteri memberi jaminan, kerajaan akan sentiasa menyokong sebarang inisiatif untuk menggilap pemimpin-pemimpin baru bersandarkan landasan yang betul.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kelab Damai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekali gus menutup Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam (ISCO) di Dewan Sri Budiman di sini hari ini.

Damai (Dewan Amal Islam Hadhari) iaitu gabungan persatuan Islam di IPTA kini dianggotai 50 persatuan dengan kira-kira 15,000 orang ahli.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Damai dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.

Pada majlis itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut hadir diumumkan sebagai Pengerusi Damai yang baru menggantikan Zahid manakala Datuk Dr. Adham Baba dilantik sebagai timbalannya.

Najib berkata, usaha Damai mengadakan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam itu tepat pada masanya dalam usaha mencari pemimpin masa depan yang berwibawa.

"Pesanan saya, untuk menunjangi kepimpinan mahasiswa, segala inisiatif hendaklah relevan dengan zaman, maksudnya dari segi aktiviti dan program yang dijalankan mestilah mementingkan keperluan belia.

"Janganlah kegiatan mahasiswa bersifat 'syok sendiri' dan lupa kepada asasnya iaitu membantu dan membimbing golongan muda untuk mencapai impian mereka," ujarnya.

Beliau menambah, tindakan-tindakan yang tidak menguntungkan perlu dielakkan kerana ia akan mencemarkan gerakan mahasiswa sendiri.

Beliau percaya Damai dapat melahirkan pemimpin mengikut kaedah yang diamalkan Rasulullah yang menitikberatkan unsur tarbiyah dan disiplin.

Najib juga mahu mahasiswa memenuhi ilmu di dada dengan menjadi seorang pemimpin yang menguasai pelbagai bahasa dan pelbagai kemahiran kerana pada zaman sekarang, penguasaan minda adalah penentuan kepada kecemerlangan sesuatu bangsa.

Komen : Nasihat dari PM tu memang baik bagi melahirkan pelajar2 yang cemerlang dan pemimpin di masa hadapan tapi dengan syarat hendaklah menggunakan akal fikiran yang waras. Bak kata orang senang bercakap tapi berat lagi bahu yang memikul. Untungnya bila pelajar IPTA digalakkan berpesatuan tapi yang tak untungnya Bila Persatuan atau Kelab di Pengerusikan oleh orang2 politik. Sampai bila persatuan pelajar nak dipolitikkan...sebab bukan semua tindakan yang dibuat oleh orang2 politik ini bersifat waras atau menggunakan akal fikiran yang waras. Ahli kelab atau persatuan akan menjadikan Pengerusi dan timbalan pengerusi sebagai Role Model mereka dalam menjayakan sesuatu aktiviti . Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...Berfikirlah dengan waras...

No comments: