Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 4 March 2016

Muhyiddin, Shafie, Mukhriz kekal dalam UMNO

04 Mac 2016 1:18 AM



Muhyiddin Yassin menjawab soalan media dalam sidang akhbar sambil ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman (dua kanan), Mukhriz Mahathir (kanan), dan Shafie Apdal (kiri) di Bukit Damansara, semalam. – UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 3 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan tidak mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar daripada UMNO sejak Isnin lalu, sebaliknya memilih untuk kekal bersama parti itu.

Turut mengambil keputusan yang sama ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Muhyiddin yang digantung tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO berkata, UMNO merupakan parti yang menjadi darah dagingnya sejak tahun 1970, malah turut menghormati keputusan Dr. Mahathir yang mahu keluar parti.

“Saya akan terus kekal dalam UMNO. Isu saya kekal atau tidak kekal, tidak berbangkit. Saya tidak pernah menceritakan saya hendak keluar atau pun hendak masuk parti, pasal saya sudah jadi ahli UMNO sejak 1970.

“Waktu saya jadi ahli UMNO, saya tidak fikir saya jadi ahli UMNO kerana siapa. Saya menjadi ahli UMNO kerana saya percaya parti saya ini adalah parti yang baik, boleh memperjuangkan nasib masa depan negara, bangsa dan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Bukit Damansara, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau tidak menyesal melibatkan diri dalam UMNO selain tidak pernah menganggap menyertai parti itu sebagai satu kesilapan besar dalam sejarah politiknya.

Beliau memberitahu, banyak perkara yang boleh dilakukan yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara melalui UMNO.

“Pastinya UMNO tidak bersalah dalam soal ini. Apabila saya diuar-uarkan mengenai kedudukan dalam UMNO, saya meminta pandangan rakan-rakan, sahabat-sahabat dalam politik, pimpinan parti di peringkat Pagoh dan rakyat, apa lagi keluarga saya. Mereka berpendapat, saya sewajarnya kekal dalam UMNO,” ujarnya.

Jelas Muhyiddin, beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk meninggalkan UMNO sebaliknya nekad untuk membetulkan parti dan meneruskan perjuangan sebagai ahli.

Bercakap mengenai penggantungan jawatannya sebagai Timbalan Presiden, Muhyiddin berkata, beliau akan menghantar surat kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengikut Seksyen 16 Akta Pertubuhan bagi mendapatkan penjelasan berhubung kedudukannya dalam parti.

Beliau memberitahu, ROS boleh menjelaskan sama ada proses penggantungan tugas dan jawatannya adalah sah di sisi perlembagaan dan mengikut peraturan atau sebaliknya.

“Selepas saya digugurkan dari Kabinet, saya tidak diberikan peluang untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden UMNO,” jelas Muhyiddin.

Muhyiddin turut menyifatkan penggantungannya itu tidak mengikut prosedur yang betul kerana tidak diminta sebarang surat tunjuk sebab dan juga tidak dihadapkan ke lembaga disiplin parti, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Fasal 20, Perlembagaan UMNO.

Sementara itu, Mukhriz berkata, pendekatan beliau berbeza dengan bapanya yang meninggalkan UMNO tetapi mempunyai prinsip yang sama sementara Mohd. Shafie pula menyifatkan tidak timbul persoalan untuk dirinya meninggalkan parti pada waktu ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/muhyiddin-shafie-mukhriz-kekal-dalam-umno-1.196847#sthash.cuNKBq8h.dpuf

No comments: