Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 9 March 2016

Lucut Pengerusi GLC : KELAB CALON BOLEH MENANG PRU 14...

Turut gesa pecat keahlian Muhyiddin, Sanusi, Mukhriz

FITRI AFFENDI MUSTAFA | 09 Mac 2016 1:30 AM


Muhd. Anuar Mohd. Yunus (tiga dari kiri) menyerahkan memorandum menyokong Perdana Menteri kepada Ketua Setiausaha Bahagian Ibu Pejabat UMNO, Azwan Aziz (kanan) dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 8 Mac - Kelab Naib Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia menggesa kerajaan untuk melucutkan jawatan yang dipegang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi di syarikat milik kerajaan (GLC).

Pengerusinya, Datuk Muhd. Anuar Mohd. Yunus berkata, pihaknya kecewa serta tersinggung dengan penglibatan Dr. Mahathir dalam ge­rakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri secara tidak berperlembagaan.

Malah beliau berkata, pihaknya turut menyarankan agar Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yasin, Tan Sri Sanusi Junid dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta sesiapa sahaja yang menandatangani dekla­rasi bersama-sama pihak pembangkang pada Jumaat lalu.

“Kami mengecam dan menolak sekeras-kerasnya segala bentuk penglibatan bekas pemimpin, pemimpin semasa serta ahli UMNO yang sanggup bersetuju, bersekutu dan menurunkan tandatangan ke atas sebuah dokumen yang berjudul ‘Selamatkan Malaysia’.

“Oleh itu, kami berpendirian persekongkolan Dr. Mahathir, Muh­yiddin dan Mukhriz yang sanggup berada sepentas bersama-sama pemimpin pembangkang khusus­nya DAP yang dahulunya pernah mencaci dan mencela mereka dahulu terutamanya dalam setiap ele­men serta institusi berciri Melayu dan Islam,” katanya dalam sidang akhbar yang dihadiri 80 Naib Ketua UMNO Bahagian, di sini hari ini.

Memorandum kelab tersebut telah diserahkan Muhd. Anuar ke­pada Ketua Setiausaha Pejabat UMNO, Azwan Aziz yang mewakili Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Mengulas lanjut, Muhd. Anuar yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Temerloh menegaskan, pihaknya mengatakan taat setia serta sokongan tanpa berbelah-bahagi terhadap Najib untuk terus memimpin negara selaku Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasio­nal (BN) dan Presiden UMNO.

Beliau berkata, pihaknya akan mengusulkan agar MT UMNO mempertimbangkan usaha pemutihan yang lebih luas untuk membersihkan parti daripada mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan parti.

“Malah, sesiapa jua dalam kala­ngan ahli dan pemimpin UMNO yang bersetuju, bersekutu dan be­kerjasama dengan Gerakan ‘Se­la­matkan Malaysia’ adalah seum­pama berfungsi sebagai satu komponen kecil kepada suatu jentera besar yang digerakkan untuk menumbangkan UMNO dan BN sebagai satu kepimpinan Melayu Islam di Malaysia,” tegasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/lucut-pengerusi-glc-1.198750#sthash.5CNhFJQZ.dpuf


No comments: