Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 9 March 2016

Ahmad tidak akan keluar parti walau usul tidak percaya ditolak

09 Mac 2016 1:27 AM



AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas sidang hari kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ditangguhkan awal selepas usul undi tidak percaya terhadap beliau oleh Ahmad Said di Wisma Darul Iman, Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 8 Mac – Usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang dikemukakan secara mengejut oleh Datuk Seri Ahmad Said (BN-Kijal) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini ditolak.

Speaker DUN, Datuk Mohd. Zubir Embong membuat ketetapan itu selepas persidangan disambung semula bagi sesi petang, berdasarkan Perkara 14(6) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu atas alasan bekas Menteri Besar itu mengemukakan usul tersebut tanpa mengemukakan notis dalam tempoh yang ditetapkan.

“Setelah diteliti peraturan-peraturan dan buku peraturan yang ditetapkan Dewan Undangan Ne­geri Terengganu, saya dapati bahawa Perkara 33 mestilah dirujuk bersama Perkara 45 yang menyebut dalam apa jua keadaan, kebenaran Speaker mestilah diperoleh walaupun tanpa notis.

“Saya dapati usul ini tiada elemen keterdesakan dan sangat penting untuk dibahaskan tanpa apa-apa kelengahan. Oleh itu memandangkan undi tidak percaya bukanlah memperkatakan perjalanan pentadbiran jentera kerajaan negeri atau tanggungjawab Menteri Besar.

“Tetapi ia mempersoalkan kewujudan pembentukan kerajaan negeri itu sendiri, maka saya dapati usul tidak percaya tidak termasuk dalam ruang lingkup Perkara 33, maka saya menolak usul ini,” jelasnya dalam sidang DUN di sini petang ini.

Beliau kemudiannya memberi laluan kepada Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid memberikan penjelasan lanjut berhubung perintah serta peraturan mengikut Perkara 14(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu.

Penolakan usul yang dikemukakan oleh Ahmad semasa perbahasan pada sesi pagi itu mengundang bantahan daripada kalangan pembangkang yang menghangatkan suasana apabila mereka mempertikaikan ketelusan Dewan kerana yakin itu sepatutnya diterima berasaskan perundangan.

Bercakap kepada pemberita di luar Dewan kemudiannya, Ahmad mengakui, tindakan mengemukakan usul itu terhadap Ahmad Razif kerana kecewa de­ngan beberapa keputusan dan pendirian yang dibuat.

Menurut Ahmad, perkara itu termasuklah berhubung penamatan program e-Book di sekolah rendah, kewujudan bandar baharu Kuala Nerus, isu telaga mi­nyak Bertam 307 yang didakwa hak Terengganu, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) dan isu perumahan di kawasan Ladang.

Namun Ahmad menegaskan, tindakan yang dibuatnya dalam sesi perbahasan sidang DUN hari ini, bukan bermakna beliau berhasrat untuk meninggalkan parti UMNO.

“Saya tak akan keluar UMNO, kecuali dia pecat saya. Saya orang BN (Barisan Nasional), orang UMNO walaupun saya memang kecewa,” katanya.

Ditanya apa perancangan beliau selepas usul tersebut ditolak, beliau hanya menjawab: “Kita tunggu dan lihat.”

Berikutan perkembangan itu, Menteri Besar mengadakan mesyuarat tergempar bersama wakil-wakil rakyat BN di Wisma Darul Iman selama hampir sejam bagi membincangkan persoalan yang dipercayai bakal mengocak semula suasana politik di negeri ini, namun tiada ulasan mengenainya diberikan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ahmad-tidak-akan-keluar-parti-walau-usul-tidak-percaya-ditolak-1.198711#sthash.HP5cmUKT.dpuf

No comments: