Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 9 February 2011

Usah politikkan Ops Piramid



DARI UTUSAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Sikap pembangkang yang menuduh bahawa Ops Piramid adalah misi berunsurkan politik membayangkan bahawa mereka terdesak untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana pembangkang selama ini menganggap bahawa Mesir adalah kubu kuat untuk merekrut pelajar dengan ideologi dan kefahaman pembangkang.

''Sedangkan sanak-saudara kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang diselamatkan di Mesir tidak tergamak untuk mempolitikkan keselamatan mereka.

''Kali ini, orang ramai boleh benar-benar menilai dan mengenali bagaimana cara pembangkang berpolitik," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Ops Piramid membayangkan bahawa kerajaan benar-benar memaksudkan apa yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia apabila rakyat dalam situasi di Mesir didahulukan.

Katanya lagi, apa yang lebih memalukan, pembangkang pula cuba menuduh kerajaan bersikap pilih kasih dalam Ops Piramid kerana kononnya kebanyakan pelajar Malaysia di sana merupakan penyokong pembangkang.

''Namun begitulah sikap dan tabiat pembangkang, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan termasuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir ini dilihat salah," kata beliau.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, Ops Piramid menunjukkan keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memastikan seluruh rakyat Malaysia berjaya diselamatkan daripada pergolakan di Mesir.

Zambry menambah, Ops Piramid yang disusun dengan pantas dan sistematik itu tidak seharusnya dipolitikkan kerana matlamat utama kerajaan adalah untuk membawa pulang rakyat Malaysia dengan selamat tanpa mengira ideologi dan fahaman politik mereka.

Bagi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pula, kejayaan Ops Piramid itu merupakan lambang keprihatinan kerajaan mengenai keselamatan dan kebajikan rakyat yang berhadapan situasi sukar di negara Mesir.

Katanya, operasi itu juga jelas menunjukkan betapa semangat 1Malaysia itu diterjemahkan dengan perbuatan dan kecekapan bekerja tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

KOMEN : SOKONG SANGAT OPERASI INI TAK PAYAH DIPOLITIKAN. PEMBANGKANG APA PUN TAK BOLEH NAK BUAT....

No comments: