Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 February 2011

Kerajaan Pas Kelantan tidak bersih - Mustapa


DARI UTUSAN MALAYSIA



KOTA BHARU 13 Feb. - Kerajaan Pas Kelantan tidak bersih! Itulah reaksi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengulas pendedahan Utusan Malaysia mengenai loteri big sweep dan juga aktiviti pelacuran di Kampung Limau Manis di sini yang didedahkan oleh laman blog Kickdefella.

Beliau berkata, cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini telah lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan media online.

"Kita sudah dengar berita ini (sebelum ini) tetapi sekarang sudah keluar dalam surat khabar dan media online. Maka rakyat nak tahu ada atau tidak pelacuran dan perjudian, kita nak kerajaan negeri bertindak dengan segera.

"Kerajaan Pas Kelantan jangan dabik dada kata kita bersih segala-galanya. Kata ini negeri Serambi Mekah, walhal benda macam ini pun ada di Kelantan.

"Cakap tak serupa bikin. Cakap seolah-olah bersih belaka tetapi ada kemungkaran dan maksiat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Gelombang Merah peringkat Parlimen Kubang Kerian di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mohd. Fauzi Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian.

Beliau mengulas penjualan loteri big sweep dan empat nombor ekor secara berleluasa di negeri ini biarpun Kerajaan Pas Kelantan mengharamkan sebarang aktiviti berkaitan judi sejak parti itu memerintah negeri ini.

Pada masa sama, laman blog Kickdefella mendedahkan aktiviti pelacuran di Kampung Limau Manis, kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan, Kota Darulnaim.

Kickdefella mendakwa, adalah mustahil sekiranya Kerajaan Pas Kelantan tidak mengetahui aktiviti itu kerana lokasinya yang begitu hampir dengan kompleks pentadbiran yang turut menempatkan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exconya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sewajarnya Kerajaan Pas Kelantan memberi maklum balas secepat mungkin sebaik sahaja berita tersebut disiarkan kerana rakyat mahu mengetahui kebenarannya.

"Patutnya apabila keluar berita macam itu, ada respons serta-merta tetapi sehingga sekarang saya belum dengar apa-apa padahal setiap apa yang dilaporkan oleh media perlu dijawab serta-merta,'' katanya.

KOMEN : CONFIRM LEPAS NI NIK AZIZ AKAN KELUAR FATWA LAGI YANG MENGATAKAN DI NGERI SERAMBI MEKAH DIBOLEHKAN SEBAB DIZAMAN NABI DULU PUN ADA PELACUR. ITULAH AKIBATNYA KALAU SUKA SANGAT MENYALAHKAN ORANG LAIN. KENA KAT BATANG HIDUNG KAU TERKEDU...JAWAB JANGAN TAK JAWAB...JAWAB GUNAKAN OTAK BUKAN GUNAKAN LUTUT....

No comments: