Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 24 February 2011

TLDM akan saman Tony Pua


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak menolak kemungkinan akan memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua.

Ia berikutan kenyataan fitnah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu yang menuduh pembelian enam buah Kapal Tempur Pesisir (LCS) TLDM diselubungi rasuah kerana dakwanya, kos kapal tersebut 870 peratus lebih mahal berbanding negara asing.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, pihaknya sedang mengkaji keseluruhan kenyataan Tony Pua sebelum sebarang tindakan susulan diambil ke atas wakil rakyat DAP itu.

"Kita sedang mengkaji secara keseluruhan dan buat masa ini, kami sedang meneliti secara terperinci kenyataan asal Tony Pua berhubung isu LCS ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak supaya Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TLDM memfailkan saman fitnah terhadap Tony Pua, agar ia menjadi pengajaran.

Semalam, gesaan itu disuarakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong, kerana dedahnya, Tony Pua mengeluarkan kenyataan tersebut bagi tujuan memburukkan imej ATM di mata dunia.

Menurut Lum Yong, tindakan tidak bertanggungjawab itu dibuat kerana pembangkang mahu rakyat hilang kepercayaan terhadap ATM selain, demi keuntungan politik pihak asing.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut membuat gesaan yang sama.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan mengenai bentuk tindakan susulan terhadap Tony Pua apabila tiba masanya kelak.

Katanya, Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap semua gesaan orang ramai yang mahu tindakan tegas dikenakan ke atas wakil rakyat DAP itu kerana mempolitikkan isu pertahanan negara tanpa bukti kukuh.

"Apabila tiba masanya nanti, kami akan umumkan apa tindakan kementerian, jangan risau kerana kita mengambil maklum mengenai pandangan semua


KOMEN : SAMAN JANGAN TAK SAMAN BIAR DIA TAHU LANGIT TINGGI RENDAH. DIA INGAT DIA WAKIL RAKYAT DAP BOLEH SESUKA HATI BUAT FITNAH. KITA IKUT PENDEKATAN PAP S'PORE SILAP KELAUR FAKTA SAMAN. BUAT TUDUHAN PALSU PADA ENTITI KERAJAAN SAMAN.

No comments: