Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 February 2011

LHDN digesa siasat Anwar


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) digesa menyiasat secara terperinci jumlah sebenar kekayaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sekian lama menjalani kehidupan mewah termasuk hampir keluar negara setiap bulan.

Pada masa sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali juga menggesa LHDN menyiasat jumlah sebenar kos guaman yang dibayar oleh Anwar kepada barisan peguamnya terutama dalam kes liwat.

Sambil tidak menolak andaian bahawa Anwar mempunyai kekayaan hampir setara dengan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak (AS$70 bilion), beliau berkata, ketua pembangkang itu banyak meraih kekayaan semasa memegang jawatan selaku Menteri Kewangan dahulu.

"Memang kita tidak tahu jumlah tepat kekayaan Anwar tetapi melihat pada gaya hidup mewah serta kemampuannya ke luar negara hampir setiap bulan, memiliki banglo mewah, menguruskan sebuah parti serta membayar kos guaman jelas membuktikan beliau sangat kaya.

"Kekayaan ini dipercayai banyak diperoleh semasa beliau menerajui Kementerian Kewangan dan pada masa itulah berlaku penswastaan serta penyenaraian syarikat milik kerajaan di bursa saham secara besar-besaran yang kuasa mengagihkan saham adalah milik mutlak Anwar.

"Mereka yang mendapat saham itu pula rata-rata adalah proksi Anwar dan kalau golongan tersebut memiliki kekayaan yang amat luar biasa sehingga ke hari ini, bayangkan pula kekayaan Anwar," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai kekayaan hampir setara dengan Mubarak, sehingga membolehkan ketua pembangkang tersebut mampu hidup mewah.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau percaya kos guaman yang dibayar oleh Anwar kepada barisan peguamnya terutama membabitkan Karpal Singh, mencecah jutaan ringgit memandangkan kos guaman untuk kes biasa pun sudah berharga puluhan ribu ringgit.

Malah tegasnya, adalah tidak mustahil kos sebenar adalah lebih tinggi memandangkan Anwar mempunyai barisan peguam yang ramai ekoran terlalu banyak kes mahkamah melibatkan beliau selain faktor masa yang berlarutan sekian lama, terutamanya dalam kes liwat.

"Kes Anwar ini sudah berapa lama? Peguam kalau pergi ke mahkamah caj dia berapa? Berapa ramai peguam Anwar? Berapa banyak kes mahkamah membabitkan Anwar. Kalau dia kata semua kos ini percuma, Anwar adalah seorang pembohong paling besar," katanya.

KOMEN : SIASAT JANGAN TAK SIASAT. HARTA KAUM KELUARGA DIA SEKALI PUN PATUT DISIASAT. MESTI ADA KES PUNYA... ITU LHDN ADA BERANIKAH?

No comments: