Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 14 February 2011

Kaji semula formula pengagihan kerusi BN


DARI UTUSAN MALAYSIA



IPOH 13 Feb. - Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji semula formula pengagihan kerusi pilihan raya yang telah digunapakai sebelum ini bagi memastikan ia relevan dan mampu membantu parti itu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, formula sedia ada yang menetapkan satu kawasan untuk sesebuah parti komponen tertentu sudah tidak sesuai berikutan persekitaran politik banyak berubah.

"Keutamaan kita sekarang adalah untuk memastikan BN menang. Jika kita letak calon tertentu berdasarkan alasan kerusi kawasan itu telah dipegang oleh parti calon tersebut, tetapi tidak menjamin kemenangan BN pun tidak berguna.

"Oleh itu, tidak guna kita menuntut sebuah kerusi pilihan raya tetapi dalam pertandingan sebenar, BN kalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di sini hari ini.

Soi Lek berkata, parti itu tidak akan membincangkan secara terbuka soal pengagihan kerusi dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN menentukannya kelak.

"Seperti yang Perdana Menteri tegaskan, kita mahu calon yang boleh menang, tidak kira daripada parti mana sekalipun," ujarnya.

Terdahulu dalam ucapannya, Soi Lek menggesa pemimpin BN bukan sahaja komited mengotakan janji tetapi memastikan usaha tersebut diketahui rakyat.

Katanya, kelemahan BN dalam memastikan janji yang sudah dipenuhi diketahui oleh rakyat, telah memberi kelebihan kepada pembangkang.

Sebagai contoh jelasnya, di Pulau Pinang kerajaan pembangkang hanya menyalurkan bantuan RM100 kepada keluarga miskin tetapi dicanang sehingga menjadikan bantuan tersebut terlalu hebat.

"Sedangkan kita kerajaan BN telah melaksanakan bantuan seperti itu sejak daripada dahulu lagi.

"Malah, di peringkat pusat, kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion untuk membantu penduduk miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan sebagainya," katanya.

KOMEN : DAH SAMPAI MASANYA SEMUA KERUSI YANG MAJORITI PENGUNDINYA ORANG MELAYU DITANDINGI OLEH UMNO. SEBAB KALAU LETAK CALON CINA ATAU INDIA TAKUT ORANG MELAYU TAK NAK SOKONG SEBAB MULUT CELUPAR DAN TUNTUTAN YANG TAK MASUK AKAL OLEH KOMPONEN BN YANG LAIN. MEREKA SEJAK KEBELAKANGAN INI TIDAK MENJAGA SENSITIVITI DAN HATI PENGUNDI MELAYU/ISLAM.

No comments: