Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 28 February 2011

Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA KRAU 27 Feb. - Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.

Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.

"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.

"Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.

Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.

Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.

"Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup," kata beliau.


KOMEN : ITULAH BILA BERCAKAP DIA AJE YANG BETUL ORANG LAIN SEMUA SALAH. SOKONG KATA-KATA PM "Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," BUKAN MACAM PUAK PEMBANGKANG ASYIK-ASYIK MENCACI, MEMFITNAH, MERUSUH, BARING ATAS JALANRAYA DAN MACAM-MACAM GELAGAT YANG MEMALUKAN UMAT ISLAM.

1 comment:

Onna said...

Assalam Sayang Daddy,

Siap bawak anak2 kecik tu masa demonstrasi puak2 ni...siap bawak baring sekali....ni jenis mak bapak takder otak punyer...

tu sebablah mami bengang abis bila dia kata Tun M lupa makan ubat...dia duk perintah kelantan 20 tahun sampai lupa jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin agama di negeri itu untuk mengupgradekan lagi negeri itu, dari segi kemiskinan, pembelajaran dan segalanya lah...ni tak bila persekutuan bagi duit...dia ngaku PAS yang bagi...PEMBOHONG NO. 1...dah tu tuduh2 orang macam dia yang betul ajer...maksum sokmo..