Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Saturday 19 February 2011

Perincikan ekuiti 22 peratus bumiputera - Perkasa


DARI UTUSAN MALAYSIA



KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan menjelaskan secara terperinci apakah peratusan pegangan ekuiti bumiputera yang kini berjumlah 22 peratus itu termasuk pemilikan dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika ekuiti GLC turut menjadi perkiraan kerajaan, Perkasa sama sekali tidak akan mengiktiraf jumlah 22 peratus yang didedahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.

"Perkasa sambut baik jumlah 22 peratus walaupun masih jauh daripada sasaran tetapi, kerajaan perlu menjelaskan secara terperinci, jangan jumlah itu termasuk GLC kerana sepatutnya ekuiti bumiputera hanya dikira hasil milik individu dan syarikat bumiputera sahaja.

"Kami sama sekali tidak dapat menerima perkara ini. Jika benar kerajaan turut mengambil kira GLC dalam menentukan jumlah pemilikan ekuiti bumiputera maka, dividen perlu diberikan kepada masyarakat bumiputera setiap tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan Mustapa bahawa pegangan ekuiti bumiputera dalam pelbagai bidang ekonomi terutamanya membabitkan pemilikan saham, hartanah di bandar besar serta skim gaji, baru mencapai 22 peratus.

Pencapaian itu masih jauh berbanding sasaran kerajaan iaitu sebanyak 30 peratus sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan 40 tahun yang lalu, bertujuan mewujudkan keseimbangan dalam agihan kek ekonomi negara yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum Cina.

Terdahulu, Ibrahim bersama pucuk pimpinan Perkasa menemui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Agenda Peneraju Bumiputera (Teraju), Husni Salleh, bagi menyerahkan cadangan mengenai usaha meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera.

Mengulas pertemuan itu, Ibrahim berkata, dua aspek pokok disarankan iaitu mencadangkan Teraju melalui Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) menubuhkan anak syarikat agar pemilikan saham dapat diperluaskan selain memastikan usahawan Melayu mendapat 100 peratus pinjaman bagi pembelian premis perniagaan.

Katanya, melalui kaedah tersebut, pegangan ekuiti milik peribadi mahupun syarikat membabitkan masyarakat bumiputera akan dapat ditingkatkan secara signifikan bagi memastikan sasaran ekuiti 30 peratus dapat dicapai sebelum 2020.

"Daripada bahasa badan Husni, kami yakin beliau akan mengambil kira semua pandangan yang telah disampaikan oleh Perkasa, malah, beliau sendiri mengakui banyak cadangan yang dikemukakan hari ini adalah idea yang cukup bernas.

"Perkasa menaruh kepercayaan kepada Husni kerana beliau sangat berkelayakan. Beliau adalah produk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara dan roh Melayunya pun tebal," katanya.

KOMEN : BIARLAH BANGSA LAIN NAK BISING. KITA KENA TUNTUT DAN PERTAHANKAN APA JUGA HAK KITA YANG TERMAKTUD DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA. KITA TIDAK RASIS SELAGI BERADA DILANDASAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.

No comments: