Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 7 February 2011

Tak layak dialog dengan majlis fatwa


Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak layak berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menjelaskan pendirian beliau berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Pengarah Hal Ehwal Agama Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar Ab. Rahim berkata, ia kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ahli politik yang mempunyai rekod memutarbelitkan ayat al-Quran bagi kepentingan politiknya dan mengelirukan rakyat.

"Beliau hanya layak berdialog mengenai ajaran al-Quran dengan Karpal Singh kerana Pengerusi DAP itu terus-terang menolak Islam. Tetapi, demi politik Nik Abdul Aziz akan mempertahankan Karpal.

"Kita semua sudah cukup bosan dengan manipulasi agama beliau yang hanya untuk kepentingan politiknya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Malah, beliau juga bersedia berdialog dengan pihak yang berkaitan bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.

Isu itu timbul apabila Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini dengan mengatakan bahawa mereka yang tidak mengundi Pas ialah orang jahiliah.

Berikutan itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan beliau yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Mengulas lanjut Nik Khairul Annuar mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin pembangkang itu yang menganggap umat Islam yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah.

"Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh menunggu keadaan menjadi keruh dan huru-hara baru hendak mengkaji kenyataan kontroversi yang dikeluarkan pemimpin Pas itu," katanya.


KOMEN : APA ADA KELASNYA TOK GURU PAS NI NAK BERDIALOG DENGAN MAJLIS FATWA. DAH KALAU GELARAN ULAMA PUN DIBERI SESUKA HATI DIKALANGAN PUAK MEREKA APA FAEDAHNYA NAK BERDIALOG. BUKANNYA RAKYAT MELAYU/ISLAM BODOH NAK IKUT FATWA SONGSANG NIK AZIZ NI. MAKIN MELUAT ADALAH....

1 comment:

Onna said...

As-salam sayang daddy,
suruh dia berdialog dengan jin ajelah..macam dalam majalah mastika tu..