Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 19 June 2009

Sultan Johor tidak setuju cadangan jambatan ketiga



NUSAJAYA 18 Jun - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Pendirian baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di sini hari ini.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa baginda tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim sebelum itu mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Speaker DUN, Datuk Mohd. Ali Hassan dan anggota DUN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan bahawa Singapura berminat untuk membina jambatan ketiga menghubungkan Changi di negara berkenaan dan bahagian timur Johor iaitu di Pengerang.

Cadangan pembinaan jambatan ketiga itu diutarakan dalam pertemuan Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong di Singapura pada 22 Mei lalu.

Pembinaan jambatan ketiga itu dilihat sebagai satu cadangan yang mendatangkan banyak faedah kepada Malaysia dan Singapura kerana dengan adanya jambatan ketiga itu, kawasan timur Johor seperti Pengerang dan Mersing hingga Kuantan, Pahang dan Terengganu dapat dibangunkan dengan lebih pesat.

Selain itu, pembinaan jambatan ketiga itu juga dilihat mampu merancakkan lagi projek pembangunan di Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berpendapat, pandangan dan titah Sultan Iskandar itu wajar dipatuhi.



Masih peringkat cadangan

Oleh FAUZI JAAFAR
utusansarawak@utusan.com.my

SERIAN 18 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura masih di peringkat cadangan.

Beliau berkata, kerajaan akan membuat kajian kesesuaian terlebih dahulu sama ada jambatan tersebut menguntungkan atau tidak jika mahu dilaksanakan.

"Sebenarnya ini (jambatan ketiga) bukan keputusan muktamad lagi, ini peringkat cadangan dan kita akan ambil langkah buat kajian dulu.

"Jadi ada masa untuk kita runding dengan Tuanku dan kerajaan negeri sekiranya projek ini menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail yang tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga tersebut.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini.

Najib pada sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pichin di sini berkata, kerajaan belum melantik mana-mana pihak untuk membuat kajian kesesuaian projek tersebut.

"Kita belum melantik mana-mana pihak membuat kajian (kesesuaian jambatan ketiga), kita kena berunding dengan Singapura," katanya.

Najib ketika mengadakan lawatan dua hari ke Singapura Mei lalu mengumumkan cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambatan baru bagi menghubungkan Johor ke republik berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, selain kemudahan awam, pembinaan jambatan itu juga mampu membangunkan kawasan timur Johor seperti Desaru dan Mersing hingga ke Kuantan di Pahang dan Terengganu.

Sementara itu Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang bertemu Najib baru-baru ini telah menyuarakan keinginan republik itu yang sepakat dengan Malaysia untuk membina jambatan berkenaan.
Memang setuju sangat dengan cadangan Sultan Johor...tentu ada sebab mengapa baginda tidak setuju....untuk apa di buat jambatan ketiga sedangkan bandar Johor Bahru tu masih sesak dengan kenderaan...Tambak Johor hendaklah dirobohkan dan digantikan dengan jambatan yang lain di sebelah WILAYAH JOHOR...apa motif kerajaan Malaysia mencadangkan jambatan ketiga..ada orang yang nak ambil kesempatan buat keuntungan mudah sedangkan cadangan jambatan yang dibatalkan dizaman Dolah tu masih masih bole diteruskan bagi menjimatkan belanja....Rasanya untuk membangunkan kawasan timur Malaysia adalah tanggungjawab kerajaan dan tiada kena mengena dengan S'pura...nampak sangat kita bergantung harap pada S'pura dalam segala serbi...yang pada pandangan saya yang sebaliknya patut terjadi...Adakah sesuatu yang tersirat yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia...? Sultan Johor pun tak mahu lagi kehilangan wilayah jajahan baginda seperti yang terjadi pada PULAU BATU PUTIH...masih ingatkah lagi.....DAULAT TUANKU

No comments: