
27hb. Jun 2009
Tokyo Dome City
Bila sudah berada di Tokyo Dome City ni kami sekeluarga mengambil kesempatan menonton pelawanan Liga Baseball Japan di antara pasukan Giants VS Swallows yang merupakan 2 pasukan handal yang berasal dari Kota Tokyo. Ini adalah kali kedua kami menonton perlawanan yang merupakan sukan nombor satu di Japan. Selalunya kami hanya menonton menerusi peti TV saja..Seronok sungguh dapat merasai suasana yang meriah dengan sorakan penyokong kedua belah pihak yang bertanding...yang pastinya tiada kata2 lucah yang kedengaran dan pergaduhan terjadi walaupun penyokong kedua pasukan duduk berdekatan dan bercampur antara satu sama lain..
Score baord Stadium Baseball tertutup Tokyo Dome
Tempat rehat pasukan Swallows(pasukan pendatang)
Perlawanan bermula
Pembaling(pitcher) yang menentukan menang atau kalah sesuatu pasukan
Pemukul(batsman) yang cuba memukul bola pada kelajuan 140km/h atau lebih untuk memungut mata bagi pasukan mereka. Mereka akan digelar hero jika dapat membuat pukulan HOME RUN
Penangkap bola juga merupakan orang penting dalam memberi kemenangan/kekalahan kepada pasukan masing2 dengan mematikan kemaraan pemukul pihak lawanYang pasti dalam perlawanan Baseball di Jepun ni tiada keputusan seri dalam sesuatu perlawanan yang ada hanyalah pasukan yang menang dan yang kalah....


No comments:
Post a Comment