Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 3 June 2009

Obama janji lebih pragmatik dengan Israel






WASHINGTON 2 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam berjanji akan mengambil sikap lebih pragmatik dalam hubungan dengan Israel, dan memberi amaran kepada negara Yahudi itu mengenai trend-trend 'yang amat negatif' di Asia Barat.

Beliau menyuarakan pendirian itu dalam wawancara dengan National Public Radio, menjelang lawatan pentingnya ke Asia Barat.

Obama berikrar untuk meneruskan hubungan erat dengan Israel tetapi menegaskan status quo di Asia Barat 'tidak boleh diteruskan' kerana ia meletakkan kepentingan kedua- dua negara dalam keadaan terancam.

"Antara ciri seorang sahabat karib ialah berterus-terang.

"Saya fikir ada masanya kita kurang berterus-terang mengenai hakikat bahawa situasi dan trend semasa di rantau itu adalah amat negatif, bukan sahaja bagi kepentingan Israel tetapi juga kepentingan AS," kata Obama kepada stesen radio AS itu, dengan meneruskan nada lebih tegas yang beliau suarakan terhadap Israel sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, sikap lebih berterus-terang itu adalah sebahagian dialog baru yang beliau ingin galakkan di Asia Barat.

Obama membuat kenyataan tersebut ketika beliau bersiap sedia untuk berlepas malam ini, ke Asia Barat.

Presiden AS itu dijadual menyampaikan ucapan kepada dunia Islam di Universiti Kaherah, di ibu negara Mesir pada Khamis ini.

Pentadbiran Obama sejak beberapa minggu kebelakangan ini telah berkali-kali menegaskan perlunya Israel menghentikan kegiatan pembinaan kawasan penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Kerajaan Israel pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebaliknya telah menolak bulat-bulat desakan Obama supaya pembinaan kawasan penempatan itu dibekukan. - AFP
Janji,berjanji dan terus berjanji...bolehkah dipercayai kata-kata Presiden US ni?..dari dulu sampai sekarang tetap berjanji tapi hasilnya tak pernah berubah...Letaklah siapa pun termasuklah Anwar dia tetap juga berjanji tapi abuk pun tak ada....Yang menunggu janji-janji di kotakan oleh US tu bagai menunggu buah yang tak gugur.. hari-hari kita akan dengar dan lihat rakyat Palestine di tindas dan di bunuh....

No comments: